So, malam nie last kita jumpa. Pas nie awak dah takde. Rasa cam kejap je awak kat sini, alih2 nak pergi balik. Insy'allah kita mungkin akan jumpa balik bulan 8. Bukan lama pun, 3 bulan je. Tapi 3 bulan lebih nie la hidup saya akan terasa kekurangan. Takde lagi nak mengadap skrin 2,3 jam semata2 nak tengok awak, nak baca tentang awak, nak main2 dengan awak.
Semua nie saya buat untuk lepaskan kerinduan saya pada awak. La nie dah takde lagi orang nak bergurau senda tentang awak. Orang pun takkan tanya khabar awak, awak ok ke tidak.
By the time awak datang balik, keadaan mungkin dah berubah. Waktu tue mungkin awak dah lain. Mungkin akan jadi lebih baik, mungkin sama macam sekarang, ataupun mungkin lebih banyak yang kurang dari yang ada. Apapun saya harapkan segalanya akan jadi lebih baik. Entahlah, apa la yang saya nak buat sepanjang ketiadaan awak. Mungkin ini waktu sesuai untuk saya go on dengan life saya. Saya pun tak tau apa dah jadi kat luar sana tue, nak keluar pun saya cam tak berani, maklumlah dah lama sangat tak jumpa orang.
Saya dah rasa macam Will Smith dalam I Am Legend dah. Ada tengok cerita tue? Silap2 jiran sebelah rumah nie pun dah tukar jadi zombie. Padanlah siang saya tak pernah dengar bunyi pintu2 rumah depan nie berkuak. Eee, seram!
Tapi kan, dari sini saya leh nampak macam ada cahaya kekuningan kat balik langsir nie. Haa, mungkin tue orang cakap matahari. Mungkin. Mungkin cahaya rumah terbakar ala2 apokalips. Mungkin.
Malam tadi masa keluar beli roti (saya tak keluar siang), saya selak suratkhabar. Nampak tajuk kecil : "Pakistan rujuk balik hubungan diplomatik dengan US atas kematian Osama". Erk, Osama dah mati? Betul ke? Lepas tue ada lagi. "Anwar mahu saman Datuk T". Eh, aku ingat Datuk K je yang famous. Tapi takleh nak celen kefemesan Datin T. Anda dengarkah Datin T? Dia memang terkenal seantero dunia. Kan Datin? Percayalah, jap lagi Datin tersebut pasti akan menjawab.
Berbalik pada Anwar tadi. Dah tue aku dengar dia nak saman pasal video...eh kejap! Video pe plak nie? Dah ada sekuel ke? Ngan pompuan lak? Pompuan, laki, pompuan, laki?? Eh, aku konfius ke dia yang konfius? Apapun itu aku tak campur. Apa lagi la yang aku dah miss nie agaknya. Haihhh...
Apapun, saya nak enjoy selagi awak ada especially malam nie. Malam nie saya taknak fikir apa masalah sekalipun. You do your best and so will I. Moga berjaya. Kita lupakan segala peristiwa pahit 2 tahun lepas sewaktu kita di Rome dan hidupkan kenangan manis di Moscow setahun sebelum tue. Dan saya akan look forward bila awak nak balik sini balik. Jumpa lagi :)
Salam 1Manchester ;
Elyas.



