Monday, August 29, 2011

Selamat kembali Syawal...


Syukur alhamdulillah, raya lagi. Raya tahun nie aku masih lagi bernafas, masih boleh gerakkan tangan untuk menaip dan masih lagi boleh gerakkan kaki nie untuk berjalan. So, what's in store for Raya tahun nie? Not much by my standard anyway. Aku punya "not much" lebih kurangnya takde langsung la.


Hari nie still wearing the same baju Melayu teluk belanga, the same baju raya for the last 4 Raya's. Buat apa nak membazir kalau everything still looks okay, yang penting bukan pada pakaian (but penampilan itu ya lah) tapi kalau muka dah tak berapa nak manis tue biar ler at least berseri2 sikit pagi raya, jangan ler nampak malap bebenor.

Sebelum tue, kalau ada yang terbaca (mintak2 ler ada) aku minta kalau tak keberatan sedekahkanlah al-Fatihah pada arwah ayah aku. Ini adalah raya ke-13 aku tanpa dia. Sedih memang sedih tapi bila aku kenangkan pemergian dia seminggu tepat sebelum datangnya Syawal tahun 1998 dulu, I could only say I had a mixed feeling, bercampur suka dan duka. Hari nie tak dapat nak ke kubur, insya Allah besok. Duk tunggu orang mai rumah jer, besok lusa berjalan sket kot. Nak menunggu orang Johor nak ajak berjalan sama. Untuk arwah ayah, aku cuma mampu untuk sedekahkan al-Fatihah dan doa. Aku doakan moga arwah tenang disana. Al-Fatihah.

So, that's it. Raya aku yang tak berapa nak raya. Mudah2an by next year, raya aku had some meaning. Mungkin beraya sebagai seorang suami ke, hehe. The thought of beraya dengan family mertua? Hmmm. Doa2kanlah moga rezeki aku akan ke arah situ. Lastly, Selamat Hari Raya untuk semua, yang rapat dan yang tak berapa nak rapat. Segala salah silap, salah kata2 dan perbuatan aku so far, kalau ada yang terguris terasa, aku mintak dimaafkan. Dan juga makan minum mintak dihalalkan. Selamat Hari Raya :)


Sunday, August 28, 2011

Selamat tinggal Ramadhan...

Ramadhan dah pun hampir nak melabuhkan tirai dia. Overall puasa aku, ahh cakap pasal benda lain la. Bulan Ramadhan tahun nie aku consider as a disaster. Bab amalan ler. Terawih aku toksah kata la. Orang lain terkilan tak dapat nak full kan terawih, mungkin ada yang miss 2,3 hari sedangkan aku pulak the opposite. Sahur dan terawih tah kemana.

Berapa kali aku rasa dah pukul 7.35pm, dah 7.40pm, baru aku perasan dah pun masuk waktu berbuka. Buka pun teguk air mineral jer, takde la nak lepak2 makan ke apa ke. Kalo 5 hari kat ofis tue 5 hari la camni. Aku rasa biarlah aku lambat sikit nak makan proper as long kerja aku tak tertangguh, cepat settle cepat blah. Berbuka dengan family? Berapa kali la sangat. Sahur? Hmm. Lebih kurang ler, malas nak panjang lebar. Nak senang paham, korang tukar jer masa dan situasi berbuka tadi dan camtu jugak la dengan waktu sahur aku.

Seriously, aku memang susah nak cakap. Tapi kalau environment kerja dengan non-muslim cam aku, these kind of problems tend to happen. Few will notice yang aku agak stress dan tension lately. Sampaikan aku decide nak berhenti dan cari kerja lain. For now, aku akan stay. In future, mungkin aku tak boleh nak go on kalau berterusan camnie.

And yes, among the biggest problem aku adalah bekerja dengan manusia yang RACIST. Ini paling aku takleh terima. Kalau aku nak cerita just to justify claim aku yang segelintir itu racist, aku akan ambil the whole day untuk cerita. Contoh sikit la, diorang nie kalau makan minum takde nak sorok2, bancuh milo depan2 aku, takde nak "sorry excuse me" ke, dah pukul 10 malam dengan aku tak makan lagi but still insists untuk aku stay siapkan kerja dan beberapa benda lagi yang no need to mention. Bukan "no need" tapi buang masa aku nak cerita, terlalu banyak. Yang rapat dengan aku, knew the stories well. I rest my case.

Alang2 nie, aku share some of my post at Facebook, yang berkait dengan 'ketidakkaruan' aku menempuh bulan puasa tahun nie;

August 2nd 2011; 7.39pm

"Dah buke ke? Hehe...sian kat aku. Menu berbuka aku arinie tetikus goreng,keyboard masak lemak dengan paper rebus, kena lak makan berulamkan jantung, makan hati dan makan dalam, lum cite lagi minum ape, hehe...dakwat o' ice blended, pehhh, terbaek! Alah, tue ape la sangat. Nak lagi best balik nie menapak la cam semalam kat 45 min semata2 menunggu bas. Patah kaki daa, motor rosak. Papepun positif, jangan mengeluh, kita kaut pahala lebih,hehe..."

August 12th 2011; 1.13pm

"Jumaat tah kemane, buka,sahur tah kemane, terawih toksah kate la, straight seminggu camni, bongok diorg nie, orang lain pun keje gak, tak la masuk pagi balik pun pagi. Aku ingat malam nie leh la nak rilek2 ke, nak jumpa orang ke, maklum la sok cuti, nie mintaknye kita gi somewhere dan balik konfem la 2,3 pagi, ingat robot ape? Camni la keje ngan non-muslim, takdenye nak pikir sensitiviti org lain, pose ke. Nie kalo nak minum, makan ke ikut suke ati dia la, ingat hidung aku nie takde deria bau ape, kanimai. Susah keje dengan orang takde perasaan nie, wat sakit mental."

August 25th 2011; 12.58am

"Come on la, don't talk about respect if you cannot respect me as your fellow colleague, as a human being and most importantly, me as a Muslim. If you expect people to work round the clock like a robot, well, go find a robot then. Short on staff tapi tamak cam nak mampus. Orang gila je keje berbelas jam and CONSISTENTLY...for weeks! Respect konon, respect my shiny backside la. And just so you know, RESPECT MUST BE EARNED, NOT DEMANDED. Try to get that inside your thick skull ok? Bongok punya orang."

And I had no qualms of sharing this to the world and to tell that I had the worst working environment people ever imagined! Cewah... Nasib baik la puasa sebulan. Dugaan betul dibuatnya. Yang penting aku kena la banyakkan bersabar. Moga kesabaran aku akan terbayar. Wallahu'alam. Aku ingat lagi dulu, dek nak kejarkan kelebihan Ramadhan, aku cuba sempurnakan terawih dan aku mengaji at least 3 ke 5 muka. Aku quote kata sahabat aku baru2 nie "kalau kita tertinggal terawih, rasa sayang sangat". Itu jugak yang aku rasa dulu, rasa tidak lengkap. Apapun, aku tak boleh nak salahkan situasi kerja 'coz itu jalan yang aku pilih, cuma aku kena analyse balik the whole situation again and tengok apa yang terbaik.

Dari dulu aku berniat nak cuba khatamkan al-Quran the whole Ramadhan, from start until the end of Ramadhan, so far masih belum terlaksana. Achievable dan tak mustahil sebenarnya kalau aku betul2 setkan target, bukan hangat2 taik ayam jer. Cuma yang aku boleh harapkan untuk tahun2 akan datang, aku akan manage well aku punya aktiviti. Insya Allah. So, selamat tinggal Ramadhan dan selamat kembali Syawal. Moga Ramadhan tahun2 mendatang, dengan izin Allah, aku berkesempatan untuk perbaiki segala kekurangan2 aku tahun nie. Insya Allah.