Kalau sekali aku disakiti,
Akan ku bawak sampai ke mati,
Biar seribu alasan kau beri,
Itu semua ku tolak ke tepi.
Aku menulis tanpa saksi,
Tiada saat tiada hari,
Walau setitik kan jadi bukti,
Takkan luka ku biar berhenti.
Biarlah aku amati,
Biarlah aku teliti,
Bagaimana rasanya bila disakiti.
Waima aku low BP,
Waima aku cepat dizzy,
Waima terlantar di SJMC,
Dah memang sakit yang aku cari,
Setidaknya kan tiba satu hari,
Punya sebab bangun kembali.
Jenuh aku mencari,
Sampai migrain berkali-kali,
Sampai awek farmasi tepuk dahi,
Stok painkiller sepertiga aku je yang beli,
Tapi pasal awek, sanggup terjun bungee,
Maklumlah aku nie gayat takut tinggi,
Kira ok la berani mati,
Untuk dia si awek farmasi.
Eh kat mana tadi?
Ha, aku bercakap tentang mencari,
Mencari satu jawapan pasti,
Makin ku kejar makin jauh dia lari,
Tinggalkan sendiri mencari konklusi,
Kenapa dan kenapa harus begini?
Aku tahu kau punya sebab tersendiri,
Mungkin kerana famili,
Mungkin bersifat peribadi,
Kau saja yang lebih mengerti,
Aku cumalah turuti,
Mungkin perlu imbas kembali,
Dari dulu sampailah kini,
Usah berangan usah bermimpi,
Aku adalah aku. Nothing. A nobody.
Ada hak bersuara tapi aku diam,
Ada hak melihat tapi aku pejam,
Ada hak menentukan tapi aku pendam,
Dunia ini tak adil, tak sistematik dan kejam!
Ceeewah... poyolah kau Lias.
Hak itu, hak ini... selebihnya tanyalah SUHAKAM,
Mungkin ada akta dia yang kita tak paham,
Elok mintak pinda barulah adil kejadian alam,
Ye lah, sampai bila nak makan dalam,
Kalau camtue, baik la makan mi hailam,
Seriously, nie mak aku masak semalam,
Aku bukan apa, letih la timbul tenggelam,
Kalau timbul takpe, dibuatnya terus karam?
Eh, apa sampai ke sini daa aku merenyam,
Ni nak sedih ke nak lepas geram,
Intro korus punyalah kelam,
Masuk ending dah lain macam,
Inilah part mana aku harus bagi salam,
Lagi lama lagi la aku tak paham,
Sekian wassalam...