Wednesday, November 30, 2011

Korang still kawan...cuma...

Ada something yang aku nak explain, aku cuma akan cakap sekali nie jer. Aku tau korang tak kisah pun cuma aku fikir apa saja yang kita buat biarlah bersebab, jangan buat orang tertanya2 especially bila kita biarkan something tue tanpa ada penjelasan. Ok, aku ikhlas mintak maaf. Especially pada korang sebagai kawan dia yang jugak dah jadi kawan aku selama kitorang still together dulu. Tak perlu aku nak sebut nama.

By now, mungkin antara korang ada yang dah notice kitorang nie dah takde pape. Yes. Kitorang yang dah dari dulu, dari 2004 tapi hari nie, cerita kami tak sampai penghujung pun. Tapi aku taknak cerita pasal tue, korang kawan2 dia lebih baiklah dia yang explain dari mulut dia sendiri. Itu lebih baik.

Aku takde niat nak putuskan persahabatan ke whatsoever. Mungkin orang akan cakap "dia dialah, korang koranglah". Tapi benda tak semuanya semudah itu. Cuma aku rasa ini yang terbaik untuk aku. The only reason aku 'buang' sebab satu benda nie jer. Ketidaksanggupan aku nak tengok gambar2 masa dia kahwin nanti. Dia kawan baik korang, for sure dia kahwin korang akan attend, amik2 gambar sume. Kalau kebetulan aku ternampak gambar2 wedding dia kat Facebook korang, hanya Allah sahaja yang tahu, apa yang akan aku rasa nanti.

Hari tue memang aku ada pesan pada dia, mintak jasa baik pesan pada korang2 nie, janganlah upload gambar2 kahwin dia. Tapi kan ke selfish namanya tue? So, ada baiknya aku buat apa yang patut aku buat. Again, aku mintak maaf. Insya Allah kalau kita terjumpa kat mana2, kita boleh tegur macam biasa. Aku tau takde sape pun antara korang yang akan baca nie (coz aku dah removed pun 2 minggu lepas and aku privatekan posting nie). Tapi manalah tau, kot2 korang ada terbaca kat blog aku nie ke. Ok lah, itu jer yang aku nak cakap.

Wednesday, November 23, 2011

Sampai bila?

Kitorang atas motor on the way nak gi somewhere, yang aku ingat dia ajak gi tempat nak berubat. Atas motor kat belakang tue dia pegang tangan aku, dia letak kepala atas bahu, dia bagitau yang dia terlalu rindu (sambil cakap tue aku tengok dia manjang jer senyum, berseri2). "Terlalu rindu"...dia ulang lagi. Tapi dia jugak bagitau yang dia tak boleh nak ada rasa camtu coz situasi kita lain, dah tak macam dulu. Dia dah jadi milik orang lain. Sambil tue aku genggam erat tangan dia, susah aku nak lepaskan. Yang aku nampak kat raut wajah dia cuma rasa seronok, happy, tersenyum, putih berseri2 jer.

Dah sampai kat tempat tue (pusat rawatan Islam rupanya), tempat tue tingkat atas, tinggi gak, mungkin aku rasa level 7,8 ke coz bila tengok bawah aku cuma nampak rumput2 hijau, tempat parking dan shoplot. Kat dalam yang ramai perempuan tapi ada la lelaki.

Aku duduk2 jap pastu aku teringat something, terus aku sms dia "klua leh x, nak jumpa jap jer". Aku nak suruh dia keluar coz aku cuma nak bagitau yang aku nak gi turun bawah jap amik wallet tertinggal kat motor. Last2 aku masuk cari dia sendiri bila lama dia tak berjawab. Aku cakap slow2 "Ish...boleh ke laki masuk?". Aku tengok pompuan jer sume. And then, ada la 3 orang mamat nie bagitau masuk jer, orang laki leh masuk. Dia terdengar la kot aku cakap.

So, aku masuk la dalam bilik tue, tapi yang ada 3,4 orang pak aji, diorang tanya aku nak berubat ke? Aku cakap la "Tak, saya nak cari orang je, takpela nanti saya sms dia". Aku agak mungkin dia pindah bilik lain la kot. Tapi yang aku tak faham kenapa sepanjang dari tadi aku cuma pakai boxer kaler hijau petak2, dengan tak berbajunya, entah la. Pelik aku, cam takde feeling dan aku tak notice papepun. Tue yang pelik tue. Padahal baju dengan jeans aku bukak aku gi sangkut belakang ada pintu situ. Aku sarung balik jeans dengan baju, aku melilau la cari dia, pastu aku tak ingat apa dah.

Tup, tup aku tersedar. Aku sandar atas sofa. Cuba ingatkan balik apa yang aku mimpi tadi dan aku cuba nak tahan dari rasa sebak. Kenapa la aku nie cam bodoh jer. Bersedih untuk orang yang dah pergi. Nak ingat pada orang yang memang takkan kembali. Kenapa? Sebabnya satu jer. Dia. Dia orang yang paling aku sayang. Lebih dari aku sayang diri aku sendiri.

Why then buat kerja2 bodoh gi ingat dan siap cerita balik nie? Coz aku dah takde tempat untuk aku bercerita, tempat untuk aku mengadu. Orang pun tak hingin nak dengar benda2 bodoh yang keluar dari mulut aku lagi dah. Mujurlah aku ada blog, leh la aku nak merapu ke ape ke tanpa ada sesiapa yang akan suruh aku berhenti bercakap. Mujur gak la aku takde avid follower. So, tak la malu sangat nak feeling poyo2 sket camnie...

Entah la. Apa yang aku tau, aku takkan boleh lupa dia, kenangan dia, segala2nya tentang dia. Sampai bila-bila. Sampai aku tua sekalipun. Mungkin masa umur aku 50,60 sok (insya Allah), aku akan bukak blog nie dan baca balik apa yang aku ceritakan nie, cuba ingatkan balik kitorang dulu2. Kadang2 aku tersenyum, kadang tue aku cuma diam diri, ada sikit rasa sedih. Biarlah rasa tue masih lagi segar dalam ingatan. Terlalu besar sayang aku pada dia. Walaupun dia tak tau apa yang aku rasakan, dia dah tak ambil kisah lagi pasal aku sekarang nie, aku tak kisah. Yang penting biarlah aku dengan rasa2 aku nie.

Entahlah. Korang memang takkan paham. Takkan ada orang yang akan paham pun. Aku sendiri pun selalu tertanya2... "sampai bila Lias, sampai bila?". Entah. Itu jugak yang aku dok fikir, dok cari jawapan tapi tak jumpa2. Yang aku tau... Entah, entah, entah...

Thursday, November 10, 2011

Aku, Dia dan Imigresen...

Setelah berbulan lama,
Kau pergi tanpa kata,
Membisu tiada berita,
Hari ini kau muncul seketika,
Walau seminit cuma.

Aku teruja?
Mintak maaf. Teruja untuk apa?
Aku terlupa?
Tidak. Semuanya dalam kepala.
Aku terluka?
Wallahu'alam. Biar aku saja yang rasa,
Ya aku tahu, kita sama-sama merasa.

Walaupun phone no almost similar,
10 saat baru notice siapa sender,
Kan pernah aku kata,
Aku nak buang segala?
Berilah peluang untuk aku cuba,
Biar sampai orang menyampah nak tanya,
Elyas, Elyas, Elyas! Sampai bila?

Mintak maaf. Tapi apa boleh buat,
Aku terpaksa walaupun tahu aku tak kuat.
Nanti berkesempatan aku akan solat hajat,
Mana tahu 'sok lusa sebut nama pun tak ingat,
Mungkin tiba masa aku dah penat,
Mungkin time tue menaip pun tak larat,
Mungkin sampai badan dikandung hayat,
Haa, ataupun...mungkin aku kan ada peminat?

Kahwin, settle down, jadi bapak ke, grandfather,
Confirm atas nie semuanya "Alah...small matter!"
Bak kata ini cerita punya tukang narrator,
"And they lived happily ever after".

Stop, stop, stop! Nak ke mana nie brader?
Err, saya nak balik kampung ler.

Kampung abang nie kat maner?
Err...saya nie nak balik Kuala, kenapenyer?

Bang, nie dah sampai Malaysia-Thai punya border,
Abang reverse slow slow masuk satu gear,
Post guard sana nanti abang cakap Imigresen belum clear,
Eh saya tak abeh cakap lagi...kejap ler,
Nanti 5 tahun lagi abang datang habiskan citer,
Saya bukan apa bang, tengah banyak kejer,
Takdenye saya nak layan orang giler,
Confirm buang kerja kalo nampak dek supervisor!

Haihhh...kesian aku, terkena sajer.

Ok la serious. Everything aku akan cuba clear,
Moga one day semuanya akan disappear,
Walaupun ada satu dua yang aku agak...a bit fear,
Akan make sure yang nothing comes near,
Contoh, contoh? Apakebendenyer?
Nak jawab ke? Err, entahler,
Mungkin takut akan bayangan dia?
Atau bayangan sendiri yang aku fobia?
Tengok? Aku jawab apa yang aku tanya!

Haihhh...sah lah aku gila.