27th December 2004...
Inilah tarikh yang akan aku ingat selalu. Hari yang sangat2 bagi makna pada aku. Hari yang mengubah segalanya tentang aku ever since that day. Kalau ikutkan nak jer aku tuliskan kat sini kronologi macamane aku dengan dia boleh bermula tapi puas aku cari, aku selongkar everything dalam simpanan aku tapi takde gak jumpa2. Yang paling best on how aku proposed dia on that fateful yet wonderful morning. Dah la belum tido lagi time tue, galak ber'sms, maklum la kan tengah hangat bercinta :)
So, apa yang anehnya? Entah. Mungkin aku sendiri keliru samada nak rasa happy atau sebaliknya. Jap jap, happy? Come on la, ko tidor ke apa? Toksah la nak tipu.
Tapi nie semua aku cuma boleh simpan sebagai satu kenangan manis. To be honest, setiap saat aku bercakap dan memikirkan dia, walaupun aku mengatakan 'manis' tapi hakikatnya, dalam hati nie aku rasa pedih yang teramat sangat. Mahu saja aku mengatakan terkhianati atas semua yang jadi tapi mungkin jugak aku sendiri yang mengkhianati diri sendiri. Entah la Liyas. Bukan aku untuk menyalahkan orang lain tapi banyak benda yang tak terjawab. Habis2 aku akan tanya balik kenapa dan kenapa.
Barang2 dia still ada kat aku, sok malam aku nak gi settlekan. Ada barang2 aku gak kat dia, aku just berharap sangat yang dia akan bagi semua tiket2 wayang selama kitorang bersama dulu. Aku nak simpan buat kenangan. Ada kotak kayu tue kalau dia taknak bagi pun takpe, aku akan cari sebijik yang matching cam kotak kayu yang aku bagi kat dia tue, hehe. Apa yang beriya sangat dengan tiket wayang, kotak kayu tue? Sentimental reason la. Tapi yang sebenar2nya pasal aritue masa aku gi tengok cite Ombak Rindu...ahh next time la cite. Ada la scene dia yang buat aku teringat akan sesuatu. Emo jap dalam wayang. Maklum la, kiri kanan aku couple, aku jer bangang, sorang2, hahaha.
Ermm. Aku tau, sok malam akan jadi kali terakhir aku akan jumpa dia. Hopefully, kitorang akan settle on a happy note. Entah la, aku takut aku akan rasa sebak. Memang la aku tak menangis, meraung ke, tapi nak menahan apa yang aku rasa dalam ati nie, tue yang susah tue. Meraung dalam hati...selalu sangat aku rasa camtu. Konfem la mulut aku terkunci bagai, just harap dia akan say something. Entah la. Itupun kalau dia masih ada rasa, ada emosi. Kenangan aku dengan dia, 7 tahun bukan 7 hari. Mustahil dia tak rasa cam apa yang aku rasa. Melainkan yang tinggal dalam dia cumalah rasa benci. Entah la.











