Tuesday, December 27, 2011

Happy aneh...versary!!!



27th December 2004...

Inilah tarikh yang akan aku ingat selalu. Hari yang sangat2 bagi makna pada aku. Hari yang mengubah segalanya tentang aku ever since that day. Kalau ikutkan nak jer aku tuliskan kat sini kronologi macamane aku dengan dia boleh bermula tapi puas aku cari, aku selongkar everything dalam simpanan aku tapi takde gak jumpa2. Yang paling best on how aku proposed dia on that fateful yet wonderful morning. Dah la belum tido lagi time tue, galak ber'sms, maklum la kan tengah hangat bercinta :)

So, apa yang anehnya? Entah. Mungkin aku sendiri keliru samada nak rasa happy atau sebaliknya. Jap jap, happy? Come on la, ko tidor ke apa? Toksah la nak tipu.
Tapi nie semua aku cuma boleh simpan sebagai satu kenangan manis. To be honest, setiap saat aku bercakap dan memikirkan dia, walaupun aku mengatakan 'manis' tapi hakikatnya, dalam hati nie aku rasa pedih yang teramat sangat. Mahu saja aku mengatakan terkhianati atas semua yang jadi tapi mungkin jugak aku sendiri yang mengkhianati diri sendiri. Entah la Liyas. Bukan aku untuk menyalahkan orang lain tapi banyak benda yang tak terjawab. Habis2 aku akan tanya balik kenapa dan kenapa.

pergi jugak akhirnya...

Barang2 dia still ada kat aku, sok malam aku nak gi settlekan. Ada barang2 aku gak kat dia, aku just berharap sangat yang dia akan bagi semua tiket2 wayang selama kitorang bersama dulu. Aku nak simpan buat kenangan. Ada kotak kayu tue kalau dia taknak bagi pun takpe, aku akan cari sebijik yang matching cam kotak kayu yang aku bagi kat dia tue, hehe. Apa yang beriya sangat dengan tiket wayang, kotak kayu tue? Sentimental reason la. Tapi yang sebenar2nya pasal aritue masa aku gi tengok cite Ombak Rindu...ahh next time la cite. Ada la scene dia yang buat aku teringat akan sesuatu. Emo jap dalam wayang. Maklum la, kiri kanan aku couple, aku jer bangang, sorang2, hahaha.

Ermm. Aku tau, sok malam akan jadi kali terakhir aku akan jumpa dia. Hopefully, kitorang akan settle on a happy note. Entah la, aku takut aku akan rasa sebak. Memang la aku tak menangis, meraung ke, tapi nak menahan apa yang aku rasa dalam ati nie, tue yang susah tue.
Meraung dalam hati...selalu sangat aku rasa camtu. Konfem la mulut aku terkunci bagai, just harap dia akan say something. Entah la. Itupun kalau dia masih ada rasa, ada emosi. Kenangan aku dengan dia, 7 tahun bukan 7 hari. Mustahil dia tak rasa cam apa yang aku rasa. Melainkan yang tinggal dalam dia cumalah rasa benci. Entah la.

Thursday, December 15, 2011

A loss is still a loss...

Gone too soon. Tiga perkataan yang best describe. Yes. A loss is still a loss. Tak kira la orang ke, ape ke. To be honest, this is one entry yang kalau boleh aku taknak orang baca. Aku pun tak tau nak mula and nak cakap apa. Takut nanti orang cakap aku tak betul. Eh lupa lak, ini pasal Monti, kucing kesayangan yang baru mati pagi Selasa lepas. Aku tau mesti akan ada mulut2 yang... "Alah, kucing jer pon!". Nie yang paling aku pantang, nak rasa makan penampor, try la cakap camtu depan aku. Aku tau, bukan semua orang suka binatang, suka kucing. In fact, last time rumah nie ada kucing pun way way back 7,8 tahun yang lepas. So, bila ada 'orang' baru kat rumah nie, rasa terhibur sangat.
Aku ingat lagi. Setiap kali aku sampai jer rumah, terkedek2 dia lari kat aku. Aku pegi bilik, dia dah sampai ke dapur, hehe. Nak makan jer kejenye. Masa tengah aktif dulu, berlari macam tak cukup brek. Panjat sana la, panjat sini la. Tapi, lepas jer dia gaduh ngan sekor kucing jalan nie, terus dia sakit, trauma ke ape aku tak tau la. Mungkin stress. Umur pun baru setahun, manja lak tue. Macam tuan dia la, bukan pandai gaduh pun.

Sebulan jugak la dia sakit, makan pun taknak, takde selera. Vets dah 4,5 kali gi, swasta ada, vets gomen pun ada. Nak cakap vets tak tau pun entah la, tapi kalau diorang dapat detect apa masalah dia instead of sakit2 biasa, mungkin tak jadi camni. Takpe la, dah ajal dia. Lagipun aku biasa dengar orang cakap "all pets go to heaven". Sayang betul aku kat Monti. Rindu aku nak usap2, nak belai2, nak timang2, nak cium2 dia, nak mandikan dia, nak tengok dia berselera makan. Makan kadang2 nak kena suap, minum pun nak dilayan gak. Kalau dia berlingkor, ngan2 aku berlingkor kat sebelah, hehe. Yang aku tak rindu satu jer, nak membersihkan kalau dia 'melopeh' tak kena tempat.

Terkilan aku tak dapat nak pegang dia untuk last time. Lagipun Mak yang perasan dia dah mati pagi tue, aku lak takde kat umah, so kena la tanam dia cepat2 camnepun. Sampai rumah malam, aku duk sembang2 and terkenang2 dia masa dia ada dulu. Aku sampai terpaksa tahan dari rasa sebak masa duk sembang tue, begitu sayang aku kat dia. Pernah aku seharian kat rumah dan aku tak bercakap dengan siapa2 pun dek mood aku yang swing2 (eh macam orang period plak), tapi dengan Monti la aku duk main2, duk cakap2. Itu sebab aku rasa pets nie bagi sesetengah orang bukan sekadar binatang, tapi kawan. Yang tau tue paham la.


So long and goodbye, Monti. You'll be sadly missed by everyone. Au revoir ~

Thursday, December 8, 2011

Happy bitterday!!!

Bitter. It's a strong word. Still bitter? Naah. Cerita lama. Just that aku rasa cam best je bunyi happy bitterday instead of happy bithday. Used to feel bitter, tapi biarlah, dah tak larat nak pikir. Tak, aku tak marah kat sape2. A few things, yes, tapi tue semua benda2 kecil jer. Itupun bukanlah marah, more to berkecil hati. Bitter aku nie lebih pada rasa marah dengan diri sendiri. Cuma aku nie kejap kang okay, kejap kang mula la merewang ke tempat lain.

By the way, hari nie birthday aku ~ Happy birthday to him, happy birthday to him, happy birthday to pooooyo, happy birthday to himmmm ~ nyanyi untuk diri sendiri jer sudah la, siap selamba ngaku poyo lagi. Kau berani ke?! Hehehe...

Today reminds me of something. A year ago, exactly at this day, at this particular time, around 9 pm to be exact, you treat a certain birthday boy to a makan malam, MeatWorks kat Mont Kiara. Ingat lagi? I remembered well enough, every single minutes. And aku ingat lagi, dek terlupa nak amik gambar sebagai kenangan, kita decide untuk repeat lagi sekali. La nie tinggal kenangan jer.

Well. That was a year ago. Fast forward, hari nie and hari2 akan datang, you'll be celebrating someone else's birthday. Even though you were the one who decide 'jalan masing2', I shoulder the blame and took full responsibility for all our shortcomings sepanjang 7 tahun kita nie.

I just hope you knew that I really did the best I could, but I could only do so much. You did the right thing leaving me and I will never blame you for that. Sampai bila aku akan dipenuhi dengan rasa guilt, rasa bersalah nie pun aku tak pasti. Mungkin kalau umur aku tak panjang mana, itu jer lah caranya.

Ok lah, enough on that. Just baca wishes from everyone, cukup untuk buat aku rasa terubat sikit. Plenty of calls and smses. Takpe la walaupun nie satu2nya time orang akan notice "eh, Elyas...". Once a year. Tapi tak kisah pun, at least ada jugak orang yang ingat. Kalau tiap2 hari celebrate birthday kan best, terasa sangat diingati, dihargai.

Lastly, if you're reading this, I'd just like to say thanks for the wish. It was expected of you. I knew, I just knew. Just that I had nothing to say to you anymore. About barang2, I'm still working on it. So sorry. Kalau boleh memang nak settle cepat2. Nak moved on from nie semua. No need to worry about lorry, I'll come over to your place. Itu lebih memudahkan. Thanks coz bersabar. Up until now. Thanks.