Finally it's Saturday. Hari Tanpa Stress Sedunia. Yang nie aku la yang pioneer, yang tukang merasmikan aka pengasas tidak rasmi. Alah, tak stress pun sok aku kena gak singgah ofis, ada benda nak setel. Walaupun 'jodoh' kitorang mungkin tak lama, tapi komitmen tetap ada, cewah. Bukan apa, as long mala'un sekor tue tak menyemak kat ofis, aku rajin jer nak kerja. Tapi kekadang rasa cam bodo jer, kerja cam nak mati pun bukan aku yang kaya. Itu urgent, ini urgent, semuanya urgent. Aku nak bertekak pun dah kering air lior, so layankan jer la. Ermm, hampeh ar aku nie...
Aku ingat besok pas setel sume benda, aku plan nak gi tengok wayang kot. Aritue raya ke-5 aku gi layan Cowboys & Aliens kat MBO, sorang2 je pun, ketagih nak tengok wayang punya pasal. Al-maklum la aku nie ada penyakit takleh miss citer2 box office, wajib tayang wajib tonton gitu. So far antara cerita yang aku terkilan tak dapat nak tengok cam X-Men First Class, Kung Fu Panda 2, Super 8, Green Lantern dengan Rise of the Planet of the Apes. Filem2 besar lain semua aku layan cinema. Tidak ada miss!
Tapi aku ada develop satu tabiat burok untuk seorang yang kononnya bergelar kaki wayang. Aku, err...suka tertido. Transformers halfway aku terlelap. Harry Potter lak elok jer aku bukak mata, 'he-who-must-not-be-named-la-kononnya' aka abe idung penyek tau2 jer dah tinggal abu. Ha, sekali la dengan Captain America aritue. Best betul tido dalam wayang nie rupanya. Tapi kesian kat awek aku. Tak sedor buah ati dia lena rupanya, hehe. Kan aku dah kabo...hampeh ar aku nie...
Speaking about the other half, la nie susah aku nak keluar berdua. Duduk pun dah jauh. Dia lak almost every week balik Ipoh, family matters, so tinggal la aku keseorangan dan kesunyian di sini. Dulu aku ingat lagi, tiap2 Rabu WAJIB plan nak tengok wayang sama2 walaupun citer2 bodo jer tengah screening. Rabu kan murah, pedehal setakat 5,6 ringgit sorang. Summit USJ la tempat melampiaskan nafsu, ehh, port kitorang layan muvee. Balik tengok wayang, gi layan satay tepi Shell depan USJ tue, perghhh, terbaek wok. Kalo korang nak try gi la, dia tepi jalan jer, leh nampak asap2 orang bako satay dengan chicken wing, ha kat situ lah dia.
Kadang2 bosan hujung minggu tak tau nak wat ape. Nak overtime kat ofis pun anytime jer, tapi memandangkan the whole day aku mengadap monitor tak lepas2, so tak payah la, wat sakit kepala sakit jiwa jer. Tue la aku nie, orang suh kawen aku degil, macam2 la alasan aku bagi. Kalo tak, leh ar dating2 kat rumah jer. Bukan aku taknak kawen, tapi budget la aku takde. Selalu aku duk pikir, duk menyesal, kenapalah aku tak menyimpan dari dulu. La nie terkapai2 nak build up everything balik. Haihh, memang...hampeh ar aku nie.