Kuat betul pengaruh Facebook sampai mengalahkan talipon mudah alih aka henpon la, hehe. Takde la apa, raya baru nie ada la aku bejalan sket gi umah member, sedara, umah jiran dan sebagainya. Yang aku nampak la kan, dulu orang akan tanya la "Weh apa no tepon ko? Ko pakai no lama lagi ke?". La nie orang tanya simple jer "Ada Facebook?". Who can blame them, right? Nie statistik yang aku dapat dari Facebakers.com, updated last pada middle of September.- Number of users on Facebook in M'sia: 8 336 080
- Number of male users on Facebook in M'sia: 4 308 020
- Number of female users on Facebook in M'sia: 3 928 540
- Penetration of Facebook in M'sia to population: 31.87 %
- Penetration of Facebook in M'sia to online population: 49.32 %
The number tells everything. More than 8.3 million total number of users and 30% ratio antara penduduk dalam Malaysia nie dengan mereka yang ada Facebook. Wow, amazing isn't it? Tapi sampai bila bertahan? Wallahualam. Besok lusa tah apa lagi la yang keluar. Dari Friendster, MySpace sampai la ke LinkedIn dan tak lupa gak Twitter. This is what we called the power of branding dan merebaklah ia secara viral.
Heck, even anak buah aku yang last aku jumpa masih lagi statusnya budak kecik belum sunat yang nak salam pun malu2 kucin, la nie dah ada Facebook? Sigh. How time passes by (ke aku yang dah tua sangat? serious, memang terasa sangat penuaan aku neh huhu). Bukan itu jer, bebudak skang nak ngorat, nak usya awek pun dah takde nak mintak2 no phone lagi dah, tanya ada Facebook ke tak. Senang sket kot, banyak leh tau. Rahsia sebalik rahsia. Cun ke tidak.
Facebook ataupun social networking secara generalnya, kalau tak disalahgunakan, sebenarnya banyak manfaat dia. Bagi aku la kan, this is the only way untuk aku jual diri aku (no, not that kind of 'jual diri'). People can get to know you better. Facebook also can be utilized as great marketing resources tapi kita kenalah start off slowly and build relationships with others before doing any marketing. But then, aku tak suka gak la orang ajak2 join itu join ini. Prinsip aku senang jer, biar orang cari kita, bukan kita terhegeh2 desperate cari orang. Build slowly guys.
Salah satu cabang of social networking that's growing in popularity is corporate social networking. You can use corporate social networking to form relationships with other people from your company, or people in other companies. Kita boleh dapatkan references and build a reputation using corporate social networking tools. Nie lah cara paling mudah bagi kita to get ourself known and network in our field or industry.
Kat sini jugak lah kita boleh share multiple point of views, berkongsi pendapat, mengata, mengutuk, lepas geram dan macam2 la unsur serba jahat. Nak mengutuk mencaci pun biar ler berpada, tak pasal2 jer kena OSA nanti. Ultimately, this kind of exposure boleh membantu kita to learn to look at things from different angles, and be more tolerant of other people's opinions. Macam teman cakap tadi, jangan disalahguna jer, bior ler bijak sket...
Aku rasa cam kejap je kan nak raya. Rasa cam baru je tahun lepas aku beraya kat opis dengan baju cekak musang kaler merah bak kata budak opis aku 'si merah pak ngah'. Aku pun tak paham apesal la diorang nie suka associate merah ngan pak ngah. Hurmmm...Cakap pasal raya teringat pe'el aku kalo nak dekat2 raya nie. Apelagi kalo bukan kirim kad raya. La nie raya tak macam dulu. Seminggu dua sebelum raya aku nie rajin gak la cari kad raya, konon nak mengekalkan tradisi kirim mengirim kad raya, cari setem, tulis alamat sorang2, pastu poskan. Even last year aku rajin turun KL lagi bagi by hand kat opismate aku yang keja kat menara. Sekarang nie orang bagi e-kad, email, sms, mms pastu CC kat ramai2. Aku pun this year buat camnie gak sebenarnya hehe. Maklum saja la, mudah, senang, pastu mana la ada masa sangat kan. Tapi kalau boleh taknak la kuburkan terus tradisi hantar kad raya. Takmau orang kata 'cakap tak serupa bikin'. Insy'allah next year kot.
And aku rasa not as bad yang aku pikir. Baru2 nie aku baca lebih kurang 7 juta kad raya yang Pos Malaysia terima, malah lebih dari tahun lepas lagi yang anggarannya 6.8 juta. Erm pelik pun ada, baguih pun ada. Maklum je la, setem kan baru je naik harga.Ish, cam membebel pun ada aku nie. Sebenarnya, bukanlah apa, aku ok je cuma ye lah kan, kurang nilai2 sentimental dia berbanding dengan hantar kad raya nie. Aku simpan lagi kad2 raya yang pernah aku dapat sepanjang hidup aku nie, dari zaman aku sekolah, berjiran, belajar sampai la dah bekerja. Kadang2 bila aku tertatap, terbaca (macam2 ter la) aku leh senyum sorang2, teringat kat si A nie, apa cerita la agaknya si B tue, lebih kurangnya camtue la.This year punya raya aku just bagi kat girlfriend aku jer. Maklum la, skang nie setem pun baru naik harga. So sedikit sebanyak membuatkan aku berat nak menghantar kad raya. Insyallah next year aku buat balik perangai lama kot hehe...Apepun dikesempatan ini nak la aku ucapkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kalau ada tersalah kata2, terlajak perbuatan atau terasa kat mana2 buat sape2 la kot yang kenal aku. Nak kata pembaca kompem aku pun nak gelak tegulin2 pasalnya sah2 aku sorang je yang baca mende alah nie...Harap dimaafkan dan biarlah kosong2 ek...Selamat Hari Raya semua, err aku...
yang nie pic aku masa kecik2 dulu time aku duk kat PJ...kat umah jiran sebelah...

yang nie special sket untuk insan yang teristimewa...Selamat Hari Raya amei...
Tak sampai seminggu je lagi nak raya. Kalau nak tau, lebih kurangnya genaplah 12 tahun pemergian orang yang aku panggil Ayah...23 Ramadan. Tatkala orang lain sibuk nak prepare raya, aku and family sibuk dengan urusan lain, urusan yang merubah segala-galanya. Sejak waktu tue la bagi aku raya dah takde makna. Setiap kali nak hampir Syawal, orang2 yang ada kat sebelah aku baik budak ofis aku, baik gf, baik kekawan mesti dah alah sangat dok dengar aku cakap yang "raya bagi aku dah takde makna, tue pasal aku tak penah kesah kalo aku raya ke, tak raya ke, kena keje time raya ke apa ke...entahla, mungkin kalo besok aku dah ada family sendiri, insy'allah ada la maknanya raya". Maybe.Being the only son dalam family, aku akui yang aku nie a bit of a rebel, suka memberontak, egois, degil dan sebagainya (tue dulu la kot). And aku akui jugak, waktu dulu aku nie tak berapa close sangat dengan Mak and adik beradik yang lain, except for Ayah. Entah la, time tue pemikiran aku lain sikit kot, maklum je la anak laki sorang dalam family. Ayah was more like a friend to me. He always mengadu about everything especially time aku tengah dok picit belakang badan dia (walaupun aku nie agak liat sket bila disuruh). Baik masalah kerja ataupun masalah dalam family. Ayah, being a pegawai yang berkhidmat kat Jabatan Bomba dan Penyelamat (ye la, bomba la tue, saje kasi ayat skema sket, formal la konon hehe) dari Ayah jugaklah aku tau tentang orang2 government yang corrupted nie coz nie lah benda yang aku dok selalu dengar dia komplen. Sorry, but Ayah is clean. Dulu kecik mana la aku tau pape, dengar je la. Urm, encik MACC tak payah la cari saya ye, saya takde maklumat ape2. Nie cerita zaman tok kadok dah encik.Dulu, when both of us are free, kitorang akan merempit bersama with his not-so-kapchai Suzuki RG Sport. We went to rumah nenek kat Kg Jawa, to kedai buku to look for his favourite majalah kereta, pi usya keta kat sunday car sales and macam2 lagi. Well,that was then, la nie tinggal kenangan je. That's why I love PJ so much. Banyak sangat kenangan aku kat sana.Losing someone yang close sangat dengan kita sangat2 lah...I dont know, I can't put into words. Unbearable, silently in pain, agaknya itu yang aku rasa. Apatah lagi seminggu je lagi nak raya, and not to mention that I was about to sit for my SPM waktu tue. Losing interest nak belajar and atas perubahan sikap aku jugak la aku lost a few friends, jiran2 aku sendiri. Takpela, nie cerita lama yang aku kadang2 terbawak kembali, saje nak refresh balik. Macamanepun aku tetap redha atas ujian yang Dia dah sediakan untuk aku waktu tue.Aku share sket something yang aku baca, buku nie tajuknya "Jangan Bersedih : Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan" dikarang oleh Dr. Ayidh bin Abdullah Al-Qarni. Buku nie Mak aku bagi, bagi pinjam baca je la, jangan wat reta pastu tak pandai nak pulang, camtu la kot hehe. Tau Mak aku, kecik ati dia hehe.Aku petik bawah tajuk "Terimalah Qadha dan Qadar Allah".Jika keyakinan tertanam kuat pada jiwa kita dan kukuh bersemayam dalam hati, maka setiap bencana akan menjadi kurnia, setiap ujian menjadi anugerah dan setiap peristiwa menjadi penghargaan dan pahala.Allah berfirman dalam surah al-Hadid ayat 22 : "Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya."Kerana itu, jangan merasa gundah dan bersedih kerana sesuatu penyakit, kematian yang semakin dekat, kerugian harta atau rumah terbakar. Sesungguhnya merupakan sesuatu yang telah Allah takdirkan dan semua yang telah menjadi takdir Allah pasti terjadi. Kita tak punya pilihan yang lain kerana Allah yang berhak menentukan. Dengan adanya cubaan, justeru kita akan mendapat pahala dan diampuni dosa2 kita. Maka, berbahagialah orang2 yang tertimpa musibah atas kesabaran dan kerelaan mereka terhadap Yang Maha Mengambil, Maha Pemberi, Maha Mengekang lagi Maha Lapang."Seandainya aku melakukan begini dan begini, nescaya akan begini dan begini. Akan tetapi, katakanlah : Semua yang telah ditakdirkan dan dikehendaki Allah pasti terjadi." (Al-Hadith)Ayah, I knew that i'm not the best anak lelaki among anak lelaki's kat luar sana, and Ayah, I remember once, tearfully I told Mak that I apologized for not being someone yang boleh menyenangkan hidup kami sekeluarga but at least, tak jugak hidup menyusahkan. Yalah, skang nie manusia macam2. At least aku bersyukur sangat yang aku tak pernah do drugs, i don't drinks, menyamun, merompak, membunuh ke. I never even put my hands on a girl, apatah lagi nak pukul pompuan.Having said that, I promised I'll work out something insy'allah. If I could KPI'd myself, I would unashamedly rate diri sendiri nie as urm, 'non-performing'? Boleh ke? Belasah je la yob. Ahh, maybe that explain kenapa aku takde rezeki nak keja gomen agaknya.Untuk yang masih ada mak dengan ayah masing2, aku harap hargailah masa diorang masih ada lagi nie. Jangan pernah lupa yang mereka ini cuma dipinjamkan. Bila2 masa Dia nak ambil balik Dia AKAN ambil balik. Aku selalu pesan benda nie kalau ada kesempatan kat sesiapa pun. Jangan la jadi cam aku, dah takde baru terasa, menyesal tak sudah nak buat itu nak buat ini tak sempat. Sekurang2nya aku masih ada Mak and adik2 yang lain...
Nie iklan from the late Yasmin Ahmad, iklan for Petronas sempena raya tahun 2007 bertajuk Burung Murai. Agensi mana not so sure. Iklan nie selalu membuatkan aku terhenti dan berfikir. Fikir apa?macam2...Fikir apa?macam2...Fikir apa?macam2...Fikir apa?ko pikir la sendiri hehe... Kena plak dengan lagu Ayah dan Ibu dari Allahyarham Sudirman Hj Arshad. Sebak rasanya...