Sunday, September 5, 2010

Kisah lalu di bulan Ramadan...

Tak sampai seminggu je lagi nak raya. Kalau nak tau, lebih kurangnya genaplah 12 tahun pemergian orang yang aku panggil Ayah...23 Ramadan. Tatkala orang lain sibuk nak prepare raya, aku and family sibuk dengan urusan lain, urusan yang merubah segala-galanya. Sejak waktu tue la bagi aku raya dah takde makna. Setiap kali nak hampir Syawal, orang2 yang ada kat sebelah aku baik budak ofis aku, baik gf, baik kekawan mesti dah alah sangat dok dengar aku cakap yang "raya bagi aku dah takde makna, tue pasal aku tak penah kesah kalo aku raya ke, tak raya ke, kena keje time raya ke apa ke...entahla, mungkin kalo besok aku dah ada family sendiri, insy'allah ada la maknanya raya". Maybe.

Being the only son dalam family, aku akui yang aku nie a bit of a rebel, suka memberontak, egois, degil dan sebagainya (tue dulu la kot). And aku akui jugak, waktu dulu aku nie tak berapa close sangat dengan Mak and adik beradik yang lain, except for Ayah. Entah la, time tue pemikiran aku lain sikit kot, maklum je la anak laki sorang dalam family. Ayah was more like a friend to me. He always mengadu about everything especially time aku tengah dok picit belakang badan dia (walaupun aku nie agak liat sket bila disuruh). Baik masalah kerja ataupun masalah dalam family. Ayah, being a pegawai yang berkhidmat kat Jabatan Bomba dan Penyelamat (ye la, bomba la tue, saje kasi ayat skema sket, formal la konon hehe) dari Ayah jugaklah aku tau tentang orang2 government yang corrupted nie coz nie lah benda yang aku dok selalu dengar dia komplen. Sorry, but Ayah is clean. Dulu kecik mana la aku tau pape, dengar je la. Urm, encik MACC tak payah la cari saya ye, saya takde maklumat ape2. Nie cerita zaman tok kadok dah encik.

Dulu, when both of us are free, kitorang akan merempit bersama with his not-so-kapchai Suzuki RG Sport. We went to rumah nenek kat Kg Jawa, to kedai buku to look for his favourite majalah kereta, pi usya keta kat sunday car sales and macam2 lagi. Well,that was then, la nie tinggal kenangan je. That's why I love PJ so much. Banyak sangat kenangan aku kat sana.

Losing someone yang close sangat dengan kita sangat2 lah...I dont know, I can't put into words. Unbearable, silently in pain, agaknya itu yang aku rasa. Apatah lagi seminggu je lagi nak raya, and not to mention that I was about to sit for my SPM waktu tue. Losing interest nak belajar and atas perubahan sikap aku jugak la aku lost a few friends, jiran2 aku sendiri. Takpela, nie cerita lama yang aku kadang2 terbawak kembali, saje nak refresh balik. Macamanepun aku tetap redha atas ujian yang Dia dah sediakan untuk aku waktu tue.

Aku share sket something yang aku baca, buku nie tajuknya "Jangan Bersedih : Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan" dikarang oleh Dr. Ayidh bin Abdullah Al-Qarni. Buku nie Mak aku bagi, bagi pinjam baca je la, jangan wat reta pastu tak pandai nak pulang, camtu la kot hehe. Tau Mak aku, kecik ati dia hehe.

Aku petik bawah tajuk "Terimalah Qadha dan Qadar Allah".

Jika keyakinan tertanam kuat pada jiwa kita dan kukuh bersemayam dalam hati, maka setiap bencana akan menjadi kurnia, setiap ujian menjadi anugerah dan setiap peristiwa menjadi penghargaan dan pahala.

Allah berfirman dalam surah al-Hadid ayat 22 : "Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya."

Kerana itu, jangan merasa gundah dan bersedih kerana sesuatu penyakit, kematian yang semakin dekat, kerugian harta atau rumah terbakar. Sesungguhnya merupakan sesuatu yang telah Allah takdirkan dan semua yang telah menjadi takdir Allah pasti terjadi. Kita tak punya pilihan yang lain kerana Allah yang berhak menentukan. Dengan adanya cubaan, justeru kita akan mendapat pahala dan diampuni dosa2 kita. Maka, berbahagialah orang2 yang tertimpa musibah atas kesabaran dan kerelaan mereka terhadap Yang Maha Mengambil, Maha Pemberi, Maha Mengekang lagi Maha Lapang.

"Seandainya aku melakukan begini dan begini, nescaya akan begini dan begini. Akan tetapi, katakanlah : Semua yang telah ditakdirkan dan dikehendaki Allah pasti terjadi." (Al-Hadith)

Ayah, I knew that i'm not the best anak lelaki among anak lelaki's kat luar sana, and Ayah, I remember once, tearfully I told Mak that I apologized for not being someone yang boleh menyenangkan hidup kami sekeluarga but at least, tak jugak hidup menyusahkan. Yalah, skang nie manusia macam2. At least aku bersyukur sangat yang aku tak pernah do drugs, i don't drinks, menyamun, merompak, membunuh ke. I never even put my hands on a girl, apatah lagi nak pukul pompuan.

Having said that, I promised I'll work out something insy'allah. If I could KPI'd myself, I would unashamedly rate diri sendiri nie as urm, 'non-performing'? Boleh ke? Belasah je la yob. Ahh, maybe that explain kenapa aku takde rezeki nak keja gomen agaknya.

Untuk yang masih ada mak dengan ayah masing2, aku harap hargailah masa diorang masih ada lagi nie. Jangan pernah lupa yang mereka ini cuma dipinjamkan. Bila2 masa Dia nak ambil balik Dia AKAN ambil balik. Aku selalu pesan benda nie kalau ada kesempatan kat sesiapa pun. Jangan la jadi cam aku, dah takde baru terasa, menyesal tak sudah nak buat itu nak buat ini tak sempat. Sekurang2nya aku masih ada Mak and adik2 yang lain...

Nie iklan from the late Yasmin Ahmad, iklan for Petronas sempena raya tahun 2007 bertajuk Burung Murai. Agensi mana not so sure. Iklan nie selalu membuatkan aku terhenti dan berfikir. Fikir apa?macam2...
Fikir apa?macam2...Fikir apa?macam2...Fikir apa?ko pikir la sendiri hehe... Kena plak dengan lagu Ayah dan Ibu dari Allahyarham Sudirman Hj Arshad. Sebak rasanya...

No comments: