Thursday, September 9, 2010

Ampun maaf zahir dan batin...

Aku rasa cam kejap je kan nak raya. Rasa cam baru je tahun lepas aku beraya kat opis dengan baju cekak musang kaler merah bak kata budak opis aku 'si merah pak ngah'. Aku pun tak paham apesal la diorang nie suka associate merah ngan pak ngah. Hurmmm...

Cakap pasal raya teringat pe'el aku kalo nak dekat2 raya nie. Apelagi kalo bukan kirim kad raya. La nie raya tak macam dulu. Seminggu dua sebelum raya aku nie rajin gak la cari kad raya, konon nak mengekalkan tradisi kirim mengirim kad raya, cari setem, tulis alamat sorang2, pastu poskan. Even last year aku rajin turun KL lagi bagi by hand kat opismate aku yang keja kat menara. Sekarang nie orang bagi e-kad, email, sms, mms pastu CC kat ramai2. Aku pun this year buat camnie gak sebenarnya hehe. Maklum saja la, mudah, senang, pastu mana la ada masa sangat kan. Tapi kalau boleh taknak la kuburkan terus tradisi hantar kad raya. Takmau orang kata 'cakap tak serupa bikin'. Insy'allah next year kot.

And aku rasa not as bad yang aku pikir. Baru2 nie aku baca lebih kurang 7 juta kad raya yang Pos Malaysia terima, malah lebih dari tahun lepas lagi yang anggarannya 6.8 juta. Erm pelik pun ada, baguih pun ada. Maklum je la, setem kan baru je naik harga.


Ish, cam membebel pun ada aku nie. Sebenarnya, bukanlah apa, aku ok je cuma ye lah kan, kurang nilai2 sentimental dia berbanding dengan hantar kad raya nie. Aku simpan lagi kad2 raya yang pernah aku dapat sepanjang hidup aku nie, dari zaman aku sekolah, berjiran, belajar sampai la dah bekerja. Kadang2 bila aku tertatap, terbaca (macam2 ter la) aku leh senyum sorang2, teringat kat si A nie, apa cerita la agaknya si B tue, lebih kurangnya camtue la.

This year punya raya aku just bagi kat girlfriend aku jer. Maklum la, skang nie setem pun baru naik harga. So sedikit sebanyak membuatkan aku berat nak menghantar kad raya. Insyallah next year aku buat balik perangai lama kot hehe...

Apepun dikesempatan ini nak la aku ucapkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kalau ada tersalah kata2, terlajak perbuatan atau terasa kat mana2 buat sape2 la kot yang kenal aku. Nak kata pembaca kompem aku pun nak gelak tegulin2 pasalnya sah2 aku sorang je yang baca mende alah nie...Harap dimaafkan dan biarlah kosong2 ek...Selamat Hari Raya semua, err aku...

yang nie pic aku masa kecik2 dulu time aku duk kat PJ...kat umah jiran sebelah...



yang nie special sket untuk insan yang teristimewa...Selamat Hari Raya amei...

No comments: