Saturday, October 8, 2011

Aku seorang penulis yang gagal...

Sebagai seorang manusia, kita melihat kehidupan dalam berbagai bentuk perspektif. Aku boleh umpamakan hidup kita nie sama macam sebuah buku dan kita sebagai penulisnya. Untuk memulakan cerita haruslah bermula dengan sesuatu, betul? Dari situ baru la kita akan develop struktur cerita2 yang seterusnya.

Apa genre favourite aku? Bukan fiksyen, bukan action dan bukanlah sesuatu yang romantik walaupun tak malu untuk aku akui bahawasanya aku seorang yang sangat2 besar dengan rasa cinta, kasih dan sayang. Seawal perkenalan aku dan dia, itulah tagline yang kami adopt, sampai satu saat dimana Dia akan tentukan bila penghujungnya. CKS kami panggil. Cinta Kasih Sayang. Merangkap sebuah filem Latifah Omar zaman2 produksi Cathay Keris dulu. Hopeless romantic ke? Entah.

Berbalik pada genre tadi, aku sukakan sesuatu yang lebih kepada realiti, something yang dekat dengan aku. Mujurlah ada platform untuk aku bercerita. Setiap kali aku bicarakan sesuatu, sama ada di blog ataupun something yang aku tulis kat Facebook, aku tak harapkan orang untuk komen atau Like apa yang aku tulis, aku tak harapkan orang untuk baca entri2 merapu yang cuba aku sampaikan macam apa yang aku ceritakan sekarang, jujur tidak. Aku bukanlah seorang attention-seeker. Cuma disinilah tempat untuk aku luahkan apa yang aku rasa especially sekarang, mana aku kehilangan tempat untuk aku mengadu, tempat untuk aku bercerita, tempat untuk aku menumpang airmata. A shoulder to cry on kata Tommy Page. Aku mungkin seorang yang good listener, tapi bukanlah seorang story teller yang baik.

Julai 2004 aku menulis sesuatu. Sesuatu yang aku yakin penyudahnya akan, ermm, macam yang biasa kita dengar tue, "and they lived happily ever after". Tapi aku lupa, kesudahan cerita bukan terletak ditangan aku. Allah yang tentukan. Jadi, cerita yang cuba aku sudahkan akhirnya terhenti ditengah jalan. Bukan seperti apa yang aku gambarkan. Karakter paling aku sayang, Jay, terpaksa aku matikan ataupun dipaksa untuk mati. Erti kata lain, lebih baik aku matikan dari merosakkan keseluruhan cerita. Jay dah takde. Al-Fatihah untuk Jay.

Aku terima itulah hakikatnya walau dalam hati pedihnya aku sukar nak gambarkan dengan kata2. Dengan nama Allah, sebagai seorang pencerita, aku sangat2 terluka atas ketiadaan Jay. 7 tahun bukan satu waktu yang singkat untuk aku siapkan sebuah hasil kerja. Saban hari aku menulis, setiap sub-plot yang berlainan. Along the way, macam2 dugaan, macam2 yang terjadi. Mujurlah Jay punya someone yang sangat2 memahami. Tapi bak pesan orang tua2, langit tak selalunya cerah. 2,3 hari nie pun hujan selebat2nya. Fahamlah aku kenapa.

So, apa akan jadi dengan cerita seterusnya? Wallahu'alam bissawab. Allah lebih Mengetahui. Aku berserah cuma. Nak hidupkan Jay balik ke? Ehh, boleh ke? Nanti la aku pikir, aku takde karakter yang sesuai nak dipasangkan dengan dia. Apapun, aku sendiri punya hidup harus diteruskan. Kalau gagal kali nie untuk siapkan cerita, mungkin akan datang aku akan tulis cerita yang lain. Watak yang berlainan. Cerita yang lebih baik, yang lebih Allah berkati. Mudah2an insya Allah. Ok lah, sampai disini untuk sementara nie. Rasa2 kalau serabut lagi pasni, aku akan terus menulis dan merapu. Mungkin entri seterusnya tentang Jay's other half? Should be interesting, right? :)

6 comments:

A.s.t.i.n.a said...

Jay?
menulis?
cete x habis?

dalam hidup ini, andai sesuatu cerita yg kita mulakan itu tidak dihabiskan, ia akan menghatui kita sampai bila2... nanti T jd kak ponti atau kak lang jenguk awak.. herherher..

andai berkawan, batasi kawan.. jgn dibiarkan jay itu mati..
andai berci ta biar sampai nikah ke hujung nyawa.. Sekurang2 nya cuba.. tapi jodoh itu kerja Allah..
andai berskandal, jangan! ia tidak best...

kenapa perlu bersedih,
kenapa perlu ego,
kenapa perlu mengalah...

itu soklan PMR ygw terbocor last week... toksah jawab..

elyas said...

pening awk baca entri mengarut nie,buat tambah migrain je,hehe...entahla,on behalf of jay (hidup lg?) dia bgtau don't worry so much about him,tau la dia nak handle masalah dia tue elok2,nie dia yg pesan...apa akn jd pd jay?wallahu'alam...jgn jay jd gay je sudah hahaha

A.s.t.i.n.a said...

entah2 jay mmg gay kot..
awak jer x tau...
hati2 memilih kawan..
gf takpe ramai2..
kawen jgn lebih dr 4..
buat sesuatu biar sampai habis..
takde maknenye meet me halfway..
ade jer tak puas hati nanti halfway yu lebih pendek, i panjang.. tak adil etc..

A.s.t.i.n.a said...

cube lah disablekan verifivation at comment setting ni wak..
awak tak percaya pada kemanusiaan T ke?

elyas said...

suke suki je ckp jay tue gay,mata dia rambang tak puas nk tgk pompuan awk tau tak,so how come dia gay?sgt mustahil,dan jgn biar sy bermula dgn angelina jolie,jennifer aniston dan countless wanita2 keliling dia...er,xtaw nk disable cemane?amik password dan sila tolong disablekan,blh?hehe

Anonymous said...

apa yang saya cari, terima kasih