Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Eh, rase cam kejap je kan, dah pun masuk bulan Ramadhan yang mulia nie. Pastu raya,yaay! Hehe, tang 'yaay' tue aku exaggerate jer coz yang rapat ngan aku tau makna raya untuk aku itu apa. Tapi papepun aku bersyukur masih lagi bernafas setiap kali dan setiap tahun kita menyambut Ramadhan dan Syawal.


Aku taknak panjang2 cerita. Cuma aku nak wish selamat menjalani ibadah puasa buat semua2 yang aku kenal. Harap2 tahun nie penuh la puasa aku hendaknya, jangan ler ade sakit2 ke yang terpaksa telan ponstan, caffox cam sebelum2 nie. Haa, tarawih pun harap2 jangan ler cam tahun lepas, fail sangat2 fail!


Tapi nampak gaya cam fail coz aku keje kat tempat yang mostlynya orang Cina, so diorang tak faham kepentingan bulan puasa, nikmat berbuka dengan family atau sorang ke dan kemuliaan tarawih. Nie aritue, belum pape lagi bos aku dah mintak persetujuan untuk aku stayback, kalau2 diperlukan lebih dari pukul 6. "Kalau2" dia bunyi macam tiap2 hari. So aku comply jer la dengan harapan dapat ler duit raya dari dia nanti. Takpela, kerja pun ibadah jugak kan.


Cam aku, bab tahan lapor nie insya Allah takde masalah, tapi bab menahan mata nie yang nak kena extra precaution sket. Al maklum saje la, ada yang ke pasar malam pun bergaya bagai nak masuk ratu cantik, vogue kemain! Mudah2an kat bazaar Ramadhan nie orang dress la decent2, sopan2 sket. Walaupun salah aku kerana melihat, tapi yang pemakainya pun kena la sama bertanggungjawab dan menanggung apa yang patut ditanggung. Wallahu'alam bissawab.


"Aku mohon padaMu Ya Allah,moga Kau pelihara mata, mulut, telinga dan segala perbuatan dan amalanku di bulan Ramadhan ini nanti ya Allah" Aku harap moga2 complete la pose aku atas bawah kiri kanan. Amin...

Monday, July 25, 2011

Payah bebenor nak sebut gamaknye...

Ape la gaknye yang payah kan? Hehe. Nama aku daa. Mak pak aku bagi nama sedap jer tapi sampai kat mulut orang lain, haa macam2 keluaq. Nama aku simple jer, Elyas. Takde Muhammad, Abdul, Shah atau apa2 nama yang sinonim dengan masyarakat Melayu yang biasa kita dengar tue. Tapi tue la, bukan susah pun nak sebut nama aku nie, simple jer, Elyas.

Malangnya, nama paling senang nak dikaitkan dengan aku adalah...nama pompuan. Huwaaa! Meh aku kabo sikit. Inilah nama2 yang biasa jadi halwa telinga especially untuk orang yang baru ataupun sape2 la yang baru kenal. Awal tue ada yang aku dengar Ashley, dah aku tarbiyahkan, ok kejap pastu aku dengar lak terpacul nama Alice. Paling kuang asam panggil aku Alien. Cait! So la nie aku redha jer nak panggil aku apa.

Tapi kan ke sejuk telinga aku dengor kalo orang duk panggil aku Akshay Kumar ke, Abhishek Bachan, Ashton Kutcher, takpun Ashraf Muslim pun ok gak. Papepun bukan ler aku marah, saje jer nak kongsi2 dengan harapan pasni kalo susah sangat orang nak sebut, panggil jer Akshay. Aku redha. Redha sangat. Hehe...

Thursday, June 30, 2011

Why I love the Women's World Cup

Last Sunday the 2011 FIFA Women's World Cup kicked off in Germany. It is the fifth time that this competition has been played and every four years it grows more and more.

Let's be honest, this isn't the men's game. It's slower, not as physical, and the same depth is just not there. However, this should not excuse us from taking notice.

All the things that make sports great - high stakes, story lines, and drama, will all be present in Germany this summer. For these reasons and oh yes, the girls are in shorts too. Sexist ke? Tak sama sekali but hey, I'm a guy, a hot blooded guy lagi, so bear with me okay. Anyway, we should all indulge in the women's game for these upcoming four weeks. Cheers to the girls!

Saturday, May 28, 2011

Malam ini malam terakhir buat kita...

So, malam nie last kita jumpa. Pas nie awak dah takde. Rasa cam kejap je awak kat sini, alih2 nak pergi balik. Insy'allah kita mungkin akan jumpa balik bulan 8. Bukan lama pun, 3 bulan je. Tapi 3 bulan lebih nie la hidup saya akan terasa kekurangan. Takde lagi nak mengadap skrin 2,3 jam semata2 nak tengok awak, nak baca tentang awak, nak main2 dengan awak.

tak senonoh punye manusia...ada ke org camni? eh saya? no komen...

Semua nie saya buat untuk lepaskan kerinduan saya pada awak. La nie dah takde lagi orang nak bergurau senda tentang awak. Orang pun takkan tanya khabar awak, awak ok ke tidak.


By the time awak datang balik, keadaan mungkin dah berubah. Waktu tue mungkin awak dah lain. Mungkin akan jadi lebih baik, mungkin sama macam sekarang, ataupun mungkin lebih banyak yang kurang dari yang ada. Apapun saya harapkan segalanya akan jadi lebih baik. Entahlah, apa la yang saya nak buat sepanjang ketiadaan awak. Mungkin ini waktu sesuai untuk saya go on dengan life saya. Saya pun tak tau apa dah jadi kat luar sana tue, nak keluar pun saya cam tak berani, maklumlah dah lama sangat tak jumpa orang.


sumpah...ini bukan area umah saya...

Saya dah rasa macam Will Smith dalam I Am Legend dah. Ada tengok cerita tue? Silap2 jiran sebelah rumah nie pun dah tukar jadi zombie. Padanlah siang saya tak pernah dengar bunyi pintu2 rumah depan nie berkuak. Eee, seram!

En Azmi,39 tahun...nie jiran selang 2 rumah

Tapi kan, dari sini saya leh nampak macam ada cahaya kekuningan kat balik langsir nie. Haa, mungkin tue orang cakap matahari. Mungkin. Mungkin cahaya rumah terbakar ala2 apokalips. Mungkin.

Malam tadi masa keluar beli roti (saya tak keluar siang), saya selak suratkhabar. Nampak tajuk kecil : "Pakistan rujuk balik hubungan diplomatik dengan US atas kematian Osama". Erk, Osama dah mati? Betul ke? Lepas tue ada lagi. "Anwar mahu saman Datuk T". Eh, aku ingat Datuk K je yang famous. Tapi takleh nak celen kefemesan Datin T. Anda dengarkah Datin T? Dia memang terkenal seantero dunia. Kan Datin? Percayalah, jap lagi Datin tersebut pasti akan menjawab.

Datin T sopan...tak macam Datin ateh nie,tergugat iman...

Berbalik pada Anwar tadi. Dah tue aku dengar dia nak saman pasal video...eh kejap! Video pe plak nie? Dah ada sekuel ke? Ngan pompuan lak? Pompuan, laki, pompuan, laki?? Eh, aku konfius ke dia yang konfius? Apapun itu aku tak campur. Apa lagi la yang aku dah miss nie agaknya. Haihhh...


Apapun, saya nak enjoy selagi awak ada especially malam nie. Malam nie saya taknak fikir apa masalah sekalipun. You do your best and so will I. Moga berjaya. Kita lupakan segala peristiwa pahit 2 tahun lepas sewaktu kita di Rome dan hidupkan kenangan manis di Moscow setahun sebelum tue. Dan saya akan look forward bila awak nak balik sini balik. Jumpa lagi :)


Salam 1Manchester ;

Elyas.

Saturday, April 30, 2011

What it feels like to be Joe Cole...

Nope. This ain't a story about Joe Cole, this is about things around us. Ada waktu bila aku tengah alone, tengah sorang2, aku tak boleh nak pretend yang aku happy atau seronok. Apparently, aku tend to be, you know...boring, sunyi and nie lah waktu yang selalu membuatkan aku terfikir tentang hidup, tentang perkara2 yang ada pada sekeliling kita nie. Terutamanya antara kita dengan mereka2 yang ada kat sekeliling kita. Be it our friends, our co-workers, family or even our loved one (or two, maybe three ataupun lebih, depend la kalau kita ada skandal ke). Err, sumpah saya takde scandal, saya scandal-free. Setia pada yang satu.

abang Joe, saya pun kerap sangat sakit2 pinggang neh...

Sebenarnya, aku ada some issues with this social networking things (among others). Especially the one known as...Facebook. For some people, aku tengok, lebih banyak berinteraksi dan spend masa kat sini, instead of berinteraksi muka ke muka or even mulut ke mulut. I really miss those good ol' time when people are using their phone to make calls dan rajin nak sms. Bukan tempat untuk bagitau apa yang kita makan, kat mana lokasi kita, nak tido ke, baru bangun ke, dengan siapa kita gaduh. Don't get me wrong. I loved Facebook. In fact, Facebook is the best thing since err, internet. Ironically, takde internet, takde la Facebook kan. Anyway, thank you Mark (and the Winklevoss twins too).

Once in a while itu okay tapi jangan la sampai lupa kenapa Alexander Graham Bell inventkan telefon dan fungsi asal sebuah telefon atau telefon mudah alih. Remember those 'cutey mutey' sms, yang ada bulan bintang la, beruang la and macam2 pesen ada. That was kind of 'budak2 stuff' but still, it's sweet.
cute, silly...yet oh so sweet!

Apapun, cubalah spend real quality time dengan orang yang patut kita spend, yang patut kita lebihkan. Kalau kita tak berkesempatan nak jumpa, call lah, kalau tak sempat nak call, takde masalah dengan sms pun, sms lah. Itu menunjukkan kita ingat dan kita tak lupa pada orang yang kita patut tak lupa. Kalau kita utamakan orang lain, utamakan perkara2 luar yang lain, tanpa kita sedar kita neglect pada orang yang tak patut kita neglect. Kadang2, kita manusia mudah sangat alpa. We tend to forget mereka yang senantiasa ada pada kita. Mungkin bagi sesetengah orang cukuplah kalau kita cuma dapat 5 dan baki 95 dilebihkan pada perkara2 lain.

Please...lebihkanlah masa kita dengan orang yang selayaknya terima masa kita. Luangkanlah masa kita dengan mereka yang patut kita luangkan. Hargai selagi ada, bersyukur selagi ada, dan berterima kasihlah selagi ada. Jangan satu hari kita dihuni dengan rasa sesal dek kerana lebihkan orang lain lebih dari mereka yang selayaknya. Harapnya, takde sape2 yang terasa. Sama sekali takde kaitan dengan yang hidup ataupun yang nak tak nak hidup, ataupun sape2 disekeliling aku. Bak kata tagline blog aku; This is the way I see things. Benda yang aku observed dan aku nampak. Kalau ada yang terasa, so be it. Aku mintak maaf.

Since aku nie hantu bola, aku suka umpamakan hidup kita nie macam pemain bola. Aku umpamakan begini. Aku bermain dalam satu pasukan. Let say aku kat Liverpool. Setelah 3 tahun aku dipertanggungjawabkan sebagai el capitan ataupun captain. Sorry Gerrard, aku pinjam kejap jer.

belah kiri Gerrard tue aku la...saje nak kaber2 sket, low profile la katakan, hehe...

Aku yang kemudikan pasukan, akulah yang kena tanggungjawab, naik turun semua aku yang kena tanggung. Jadi, bila team tak perform, bersedialah untuk aku digugurkan sebagai captain dan waktu tue, aku cumalah player2 outfield yang biasa. Silalah samakan diri saya dengan Dirk Kuyt ataupun Raul Meireles (no Lucas please). But still, performance team makin jatuh (read Liverpool in the early season). Then terimalah kenyataan walau aku terpaksa jadi pemain simpanan pun. Kalau hidup mati semuanya bola, nak ke terima hakikat yang kita cumalah pemain simpanan? Macam Joe Cole???

nie sengal namanya...baru first game dah kena red card

Kalau aku, pedih macamanepun, aku mungkin boleh bersabar dan terima kenyataan coz' inilah namanya Kehidupan. I do sympathize with people like Joe Cole, Shay Given, Chamakh, David N'gog (okay, yang nie aku gurau, dia nie mangkuk ayun yang berayun2 sket ) dan ramai lagi sebenarnya. Including Adam Johnson, James Milner, Dzeko or even Owen (Michael not Hargreaves). They're good players but for some, they're only good on the bench.

nie tengah sedih or kaberline tengah tido, wallahualam...

Ada waktu kita pun macam pemain simpanan. Cuma dipanggil waktu diperlukan, itupun hujung2 game atau ada player yang injured atau takde. Kalau team tengah okay, kita cumalah pemerhati tepi padang, jangan harap nak main, cium la bau rumput tue je. Kita nie diperlukan cuma pada waktu kita betul2 diperlukan. Kalau tak, duduklah diam2.

sesi cium bau rumput tepi padang

No. I'm not looking for a transfer. Aku dah sign contract seumur hidup and I will HONOUR my contract. Yang penting, sebagai seorang pemain bola yang tak berapa nak berjaya cam aku, janganlah putus asa dan berusahalah untuk jadi pemain yang lebih baik. Better kalau aku jadi pemain utama kat Blackpool dari duk panaskan bangku simpanan kat Liverpool. So, Charlie Adam, don't go to Liverpool. Lebih baiklah anda stay kat Blackpool jer. You don't want to end up to be another Joe Cole. But seriously Charlie, go to Liverpool. I kinda miss the time when Liverpool were still the top contenders, challenging United's. So sad, the season will be over soon. Soon disini bermakna ada beberapa minggu je lagi, huhu, sedihnya... :(

Wednesday, March 30, 2011

Beyond the Earth Hour...

I was in Bukit Raja last Saturday when suddenly the lights were switched off, then baru la aku perasan yang malam tue la rupanya the much hype, much awaited and very much over-rated EARTH HOUR DAY. Don't get me wrong. I do support the initiatives but we ought to do much more than just celebrate this particular day. Earth Hour Day bukanlah cuma satu hari tue je but all year long.

Cakap orang tapi aku macam mane? Well, aku tak pasti sama ada apa yang aku buat atau contribute adalah besar atau tak. I last paid my bil api sometime last year on October and still they (the TNB) owe me 5 ringgit something. Some of you might say 'ape la sangat kan' but at least I walk the talk, but how about you?

And the fact that I lived alone does help coz' aku tak payah nak pening2 tengok orang lain yang simply membazir sana sini. Kalau la tak kerana aku duk apartmen, maunye bil air pun aku tak payah bayar. For the record, kalau duk apartmen nak tak nak minimum kena bayar gak. Kalau boleh memang la taknak bayar pasalnya bukan aku pakai banyak pun.

Pemaju dah berkali-kali aku tanya, JMB pun aku dah tanya ada progress tak. Seriously memang aku taknak bayar pun bil air nie. Ye la, rumah family aku kat Banting pakai free je padahal mak, adik2 aku semuanya kaki membasuh baju la, memasak la tapi bil air free jer. Aku? Ini tidak adil!

Bila tanya semua bagitau kena tunggu kata sepakat semua yang terlibat. Aku pun tak paham apesal la kat Selangor nie yang manage air sampai 4 organisasi iaitu Syabas, Splash, Puncak Niaga dan Konsortium Abbas.

Nak taknak tunggu je la. Cuma tak tau cerita camane kalau besok Barisan ambik alih balik Selangor dari Pakatan, konfem la kena tunggu lagi. Entah bila la air nak jadi free nie. Haih, best betul kalau dapat subsidi sana sini, api free, air free.
Hidup Khalid! Hidup PKR! Hidup subsidi! Cewah, poyo jer...

The unconventional way of learning the ABC's...

By now, we all are familiar with Male Y and Datuk T. Not to mention other famous people yang jugak famously (and easily) known for their initials like Queen E, Kenny G, Jon B, J. Lo, P. Diddy, Triple H and banyak lagi la. It shows betapa fascinatednya kita dengan huruf. Bet that kids in future will learn the ABC's just by reading a headlines in newspapers.

See, I am blessed with a very short name (LIMA huruf altogether) and yes, aku kadang2 prefer others to addressed me with just two alphabets, which is E and L. Memandangkan 'the shorter the better' is the in-thing nowadays, so officially aku rebrandkan diri aku as...just L. Kalo susah gak tak tau la.

And therefore, L-O-L is officially banned here. Sangat offensive...lol!!! (sambil mem'banned'kan diri sendiri)