Aku tak pasti nak start camne. Aku still in the process of... let everything go when suddenly, someone told me that her dad passed away. It's exactly a month lepas dia kahwin. Aku froze, kelu, tak tau nak cakap apa. Just trying to hold back tears although I know, I could not hold much longer. And there I go, aku tears... finally. Aku dapat tau tue pun almost pukul 12 malam and the whole night aku cuba pejam mata tapi susah. Aku teringatkan dia. We've been together for nearly 8 years. Aku tau betapa besar sayangnya dia pada arwah.
"Nurul, saya ingat lagi apa yang pernah awak cakapkan dulu. Dalam dunia nie, cuma ada 2 lelaki yang paling penting, yang paling awak sayang dalam hidup awak. Ayah dan saya. Awak ingat lagi kan? How time flies by. But knowing that you're in a good hand, saya rest easy."
Semalam masa kat masjid, aku tak fokus pun masa khatib tue tengah baca khutbah Jumaat. Kepala aku melayang teringatkan dia yang mesti tengah cuba nak overcome atas pemergian arwah. Sekali lagi, aku bergenang airmata. Mujur la kiri kanan aku Bangla. Kalo takde mau gak kalo ada pakcik kat sebelah tue, konfem dia tegur... "Aih... takkan dengar topik pasal Merakyatkan Ekonomi Selangor pon leh sedih?". Dan dan jer aku padahal aku tak dengar pape pon.
"Be strong Nurul. Saya tahu awak kuat. Kita berdua faham apa rasanya kehilangan. Saya faham betapa pedihnya kehilangan. Saya pernah ceritakan kisah hidup saya dari A sampai ke Z. Pemergian Ayah waktu saya masih sekolah lagi. Awak tahu betapa rapatnya saya dengan Ayah tak serapat saya dengan ahli keluarga lain. Ayah was more like a friend, bukan seorang bapa. Ke sana ke mari dengan motor RG Sport dia. Saya tempat dia bercerita masalah tempat kerja dia. Sayalah tukang urut dia tiap malam (walaupun kadang tue agak pemalas sikit). Sayalah vendor tukang beli magazine kereta dia tiap2 bulan. In fact Nurul, kerana sayangnya saya pada dia dan kegilaan dia pada kereta, saya sanggup koyakkan magazine2 yang ada cerita pasal kereta masa saya jadi librarian kat sekolah dulu. Paling femes jadi mangsa majalah Popular Mechanics.
Inilah first time saya cerita pasal tabiat buruk kat sekolah dulu. Itulah Ayah. Besar sayang saya pada dia. And out of the blue... Allah ambil dia balik and I was so devastated at that time and sampai sekarang Nurul, saya masih boleh rasa apa yang saya rasa 14 tahun yang lepas. While typing this, awak boleh agak apa yang saya cuba lakukan. Yes. Menahan sebak. Cuma bila mengenangkan pemergian dia dalam bulan Ramadhan seminggu sebelum datangnya Syawal, saya mampu untuk senyum walaupun cumalah dalam hati. Dan sekarang, saya kehilangan seorang lagi insan yang paling saya sayang. Awak Nurul. Saya pernah katakan dulu waktu kita masih lagi dalam proses berkawan yang awak saya letakkan di satu tempat yang istimewa dalam hati saya and still, tempat tue masih lagi belum terisi. Insya Allah satu hari nanti, Nurul."
Kesian kan aku, cerita sorang2 jer. Mujurlah aku ada blog. Probability untuk orang nak baca kisah aku adalah zero tapi aku rasa satu kepuasan bila dapat bercerita camni. And I know, someday she's going to read this. The fact that we're not in speaking terms so... this is the only way to let her know that she's still in my thoughts.
"Walaupun kita takde ikatan apa2 Nurul, insya Allah saya akan hadiahkan al-Fatihah dan doa pada arwah selagi mana yang saya mampu. Semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh Nya dan digolongkan dikalangan orang2 yang beriman. Al-Fatihah."
4 comments:
memng amat sedih biler kiter kehilangan org yg amat kita sayangi... saya pun merasakan apa yg sama seperti awk rasa...sebb kita org yg paling rapat dengan "AYAH"...erm sedih yer....:(
mcm yg sy ckp,ayah bg saya lebih kpd seorg kwn...pemergian dia beri kesan yg sgt2 pd sy,bertahun lamanya sarah...kita yg dah merasakan tahu la apa rasanya kehilangan tue...
you and nurul plak break up sebab? aiseh sebok plak...hihi mcm tgk drama, tgk tgh2 trus, pastu tanya semua orang crita psl ape..hehehe
mencari dan mencorak jalan msg2...lbh kurg begitu la bunyinye...ala no hal la,drama pnjg sgt pon sape yg nk tgk ye tak? tau ending jer sudaaa :)
Post a Comment