Sunday, June 2, 2013

Bila manusia bercakap tentang halal dan haram...

Assalamualaikum. Kesian blog aku nie, cam hidup segan mati tak mahu. Hati kata pergi Blogspot kata jangan ler... siyes! Aku ikut memang dah malas nak blogging balik tapi boring la, bila ada benda camni aku terpaksa la simpan sorang2. Nak kongsi bercerita kat orang pon cam tak tau nak construct cerita tue dari mane. So blog je la platform terbaik.

Iklan : Thank you Blogspot!



Ok lah, aku taknak bebel panjang sangat coz aku menaip mende alah nie pon kat cc jer, kang berejam pulak aku kat sini. Sanggup kan aku amik masa gi cc semata2 nak story pasal 'something' nie? Nie mesti something yang really2 something nih. Something yang buatkan aku rasa bengang dan kecewa yang teramat sangat. Kecewa dengan sikap segelintir manusia.


Aku takkan menamakan mereka yang berkaitan. Aku bukan jenis nak mengaibkan orang walaupun ada yang cuba mengaibkan aku dengan bercakap tentang perkara yang sama sekali tidak benar. Dan aku yakin, it won't stop here and in future, pasti akan ada cerita2 lain yang akan ditokok tambah semata2 untuk menghalalkan cerita2 fantasi mereka nie. Yeah, how do I know? I mean, how sure am I? Damn freakin' sure because most of the time, I am with these kind of people. So, justify lah kata2 aku kalo aku bercakap tentang apa yang aku nampak dan lalui sendiri. Bukan rekaan atau fantasi kosong.


Nasihat aku cuma satu pada mereka2 ini. Usahlah bercakap tentang halal dan haram kalau anda sendiri tidak tahu apa itu halal dan apa itu haram. Adakah sikap mereka yang suka memanipulasikan hak orang lain itu mereka rasakan halal? Atau mengambil sesuatu yang secara jelasnya bukan hak mereka itu yang dikatakan halal? And I'm not talking about a ringgit or two here. Hundreds, probably thousands. This is no small figure, mind you.


Untuk makluman, setiap sen setiap ringgit yang aku kirim kat mak and keluarga aku semuanya datang dari sumber yang halal. Hasil dari titik peluh aku (walaupun tak la peluh mane pon, duk dalam opis je kot hahaha) dari saat aku masuk keje pagi sampai la ke petang atau malam. Nothing more nothing less. Aku takkan bagi makan anak bini, keluarga aku dengan sumber yang tak bersih. Pikir lah, itu semua akan datang balik pada kita satu hari nanti. Qada' dan qadar datangnya dari Allah dan segala yang ada dalam alam semesta nie hakikatnya adalah milik Allah. Pikir lah...


So, ANY ATTEMPT TO DISCREDIT MY CREDIBILITY dengan kata2 yang tidak patut walaupun mungkin bukan dengan nada yang serius (wallahualam la) amatlah aku kesali. Aku terkilan sikit je tapi takpelah, inilah namanya kehidupan. Maybe, that's just the way it is. Walaupun aku sedikit terkilan tapi aku tak susah hati. Sebabnya... lebih kurang camni la, out of 10 people, 9 orang mengenali aku nie macam mane. We all are like family. Close. Cubit paha kanan, kiri terasa. Tampar pipi kanan, bukan kata pipi kiri je terasa, ngan aku2 sekali terasa... terasa nak lempang orang tue balik muehehee. Kalo kiri tahu, kanan pon akan tahu jugak. See? Didn't I tell you we're like family? Masalah itu puncanya dari mereka nie jer.


Trust me, I've been thru worse. Ini benda kecik je. Anggap je la ini asam garam dalam hidup. Cam yang aku cakap sebelum nie... bersabar, redha dan tawakal pada Allah Yang Maha Adil. Aku buat apa yang patut aku buat dan selebihnya aku berserah pada Dia. Heh, ayat nak good2. Kan? Alaa, saje je nak motivate diri sendiri hahaha...


Puiii la aku nie... suka bebel panjang2! Adios! Assalamualaikum :)

No comments: