Saturday, October 8, 2011
Aku seorang penulis yang gagal...
Apa genre favourite aku? Bukan fiksyen, bukan action dan bukanlah sesuatu yang romantik walaupun tak malu untuk aku akui bahawasanya aku seorang yang sangat2 besar dengan rasa cinta, kasih dan sayang. Seawal perkenalan aku dan dia, itulah tagline yang kami adopt, sampai satu saat dimana Dia akan tentukan bila penghujungnya. CKS kami panggil. Cinta Kasih Sayang. Merangkap sebuah filem Latifah Omar zaman2 produksi Cathay Keris dulu. Hopeless romantic ke? Entah.
Berbalik pada genre tadi, aku sukakan sesuatu yang lebih kepada realiti, something yang dekat dengan aku. Mujurlah ada platform untuk aku bercerita. Setiap kali aku bicarakan sesuatu, sama ada di blog ataupun something yang aku tulis kat Facebook, aku tak harapkan orang untuk komen atau Like apa yang aku tulis, aku tak harapkan orang untuk baca entri2 merapu yang cuba aku sampaikan macam apa yang aku ceritakan sekarang, jujur tidak. Aku bukanlah seorang attention-seeker. Cuma disinilah tempat untuk aku luahkan apa yang aku rasa especially sekarang, mana aku kehilangan tempat untuk aku mengadu, tempat untuk aku bercerita, tempat untuk aku menumpang airmata. A shoulder to cry on kata Tommy Page. Aku mungkin seorang yang good listener, tapi bukanlah seorang story teller yang baik.
Julai 2004 aku menulis sesuatu. Sesuatu yang aku yakin penyudahnya akan, ermm, macam yang biasa kita dengar tue, "and they lived happily ever after". Tapi aku lupa, kesudahan cerita bukan terletak ditangan aku. Allah yang tentukan. Jadi, cerita yang cuba aku sudahkan akhirnya terhenti ditengah jalan. Bukan seperti apa yang aku gambarkan. Karakter paling aku sayang, Jay, terpaksa aku matikan ataupun dipaksa untuk mati. Erti kata lain, lebih baik aku matikan dari merosakkan keseluruhan cerita. Jay dah takde. Al-Fatihah untuk Jay.
Aku terima itulah hakikatnya walau dalam hati pedihnya aku sukar nak gambarkan dengan kata2. Dengan nama Allah, sebagai seorang pencerita, aku sangat2 terluka atas ketiadaan Jay. 7 tahun bukan satu waktu yang singkat untuk aku siapkan sebuah hasil kerja. Saban hari aku menulis, setiap sub-plot yang berlainan. Along the way, macam2 dugaan, macam2 yang terjadi. Mujurlah Jay punya someone yang sangat2 memahami. Tapi bak pesan orang tua2, langit tak selalunya cerah. 2,3 hari nie pun hujan selebat2nya. Fahamlah aku kenapa.
So, apa akan jadi dengan cerita seterusnya? Wallahu'alam bissawab. Allah lebih Mengetahui. Aku berserah cuma. Nak hidupkan Jay balik ke? Ehh, boleh ke? Nanti la aku pikir, aku takde karakter yang sesuai nak dipasangkan dengan dia. Apapun, aku sendiri punya hidup harus diteruskan. Kalau gagal kali nie untuk siapkan cerita, mungkin akan datang aku akan tulis cerita yang lain. Watak yang berlainan. Cerita yang lebih baik, yang lebih Allah berkati. Mudah2an insya Allah. Ok lah, sampai disini untuk sementara nie. Rasa2 kalau serabut lagi pasni, aku akan terus menulis dan merapu. Mungkin entri seterusnya tentang Jay's other half? Should be interesting, right? :)
Friday, September 30, 2011
Hampeh ar aku nie...
Finally it's Saturday. Hari Tanpa Stress Sedunia. Yang nie aku la yang pioneer, yang tukang merasmikan aka pengasas tidak rasmi. Alah, tak stress pun sok aku kena gak singgah ofis, ada benda nak setel. Walaupun 'jodoh' kitorang mungkin tak lama, tapi komitmen tetap ada, cewah. Bukan apa, as long mala'un sekor tue tak menyemak kat ofis, aku rajin jer nak kerja. Tapi kekadang rasa cam bodo jer, kerja cam nak mati pun bukan aku yang kaya. Itu urgent, ini urgent, semuanya urgent. Aku nak bertekak pun dah kering air lior, so layankan jer la. Ermm, hampeh ar aku nie...
Aku ingat besok pas setel sume benda, aku plan nak gi tengok wayang kot. Aritue raya ke-5 aku gi layan Cowboys & Aliens kat MBO, sorang2 je pun, ketagih nak tengok wayang punya pasal. Al-maklum la aku nie ada penyakit takleh miss citer2 box office, wajib tayang wajib tonton gitu. So far antara cerita yang aku terkilan tak dapat nak tengok cam X-Men First Class, Kung Fu Panda 2, Super 8, Green Lantern dengan Rise of the Planet of the Apes. Filem2 besar lain semua aku layan cinema. Tidak ada miss!
Tapi aku ada develop satu tabiat burok untuk seorang yang kononnya bergelar kaki wayang. Aku, err...suka tertido. Transformers halfway aku terlelap. Harry Potter lak elok jer aku bukak mata, 'he-who-must-not-be-named-la-kononnya' aka abe idung penyek tau2 jer dah tinggal abu. Ha, sekali la dengan Captain America aritue. Best betul tido dalam wayang nie rupanya. Tapi kesian kat awek aku. Tak sedor buah ati dia lena rupanya, hehe. Kan aku dah kabo...hampeh ar aku nie...
Speaking about the other half, la nie susah aku nak keluar berdua. Duduk pun dah jauh. Dia lak almost every week balik Ipoh, family matters, so tinggal la aku keseorangan dan kesunyian di sini. Dulu aku ingat lagi, tiap2 Rabu WAJIB plan nak tengok wayang sama2 walaupun citer2 bodo jer tengah screening. Rabu kan murah, pedehal setakat 5,6 ringgit sorang. Summit USJ la tempat melampiaskan nafsu, ehh, port kitorang layan muvee. Balik tengok wayang, gi layan satay tepi Shell depan USJ tue, perghhh, terbaek wok. Kalo korang nak try gi la, dia tepi jalan jer, leh nampak asap2 orang bako satay dengan chicken wing, ha kat situ lah dia.
Kadang2 bosan hujung minggu tak tau nak wat ape. Nak overtime kat ofis pun anytime jer, tapi memandangkan the whole day aku mengadap monitor tak lepas2, so tak payah la, wat sakit kepala sakit jiwa jer. Tue la aku nie, orang suh kawen aku degil, macam2 la alasan aku bagi. Kalo tak, leh ar dating2 kat rumah jer. Bukan aku taknak kawen, tapi budget la aku takde. Selalu aku duk pikir, duk menyesal, kenapalah aku tak menyimpan dari dulu. La nie terkapai2 nak build up everything balik. Haihh, memang...hampeh ar aku nie.
Monday, August 29, 2011
Selamat kembali Syawal...
Syukur alhamdulillah, raya lagi. Raya tahun nie aku masih lagi bernafas, masih boleh gerakkan tangan untuk menaip dan masih lagi boleh gerakkan kaki nie untuk berjalan. So, what's in store for Raya tahun nie? Not much by my standard anyway. Aku punya "not much" lebih kurangnya takde langsung la.
Sunday, August 28, 2011
Selamat tinggal Ramadhan...
Sunday, July 31, 2011
Salam Ramadhan Al-Mubarak
Eh, rase cam kejap je kan, dah pun masuk bulan Ramadhan yang mulia nie. Pastu raya,yaay! Hehe, tang 'yaay' tue aku exaggerate jer coz yang rapat ngan aku tau makna raya untuk aku itu apa. Tapi papepun aku bersyukur masih lagi bernafas setiap kali dan setiap tahun kita menyambut Ramadhan dan Syawal.
Aku taknak panjang2 cerita. Cuma aku nak wish selamat menjalani ibadah puasa buat semua2 yang aku kenal. Harap2 tahun nie penuh la puasa aku hendaknya, jangan ler ade sakit2 ke yang terpaksa telan ponstan, caffox cam sebelum2 nie. Haa, tarawih pun harap2 jangan ler cam tahun lepas, fail sangat2 fail!
Tapi nampak gaya cam fail coz aku keje kat tempat yang mostlynya orang Cina, so diorang tak faham kepentingan bulan puasa, nikmat berbuka dengan family atau sorang ke dan kemuliaan tarawih. Nie aritue, belum pape lagi bos aku dah mintak persetujuan untuk aku stayback, kalau2 diperlukan lebih dari pukul 6. "Kalau2" dia bunyi macam tiap2 hari. So aku comply jer la dengan harapan dapat ler duit raya dari dia nanti. Takpela, kerja pun ibadah jugak kan.
Cam aku, bab tahan lapor nie insya Allah takde masalah, tapi bab menahan mata nie yang nak kena extra precaution sket. Al maklum saje la, ada yang ke pasar malam pun bergaya bagai nak masuk ratu cantik, vogue kemain! Mudah2an kat bazaar Ramadhan nie orang dress la decent2, sopan2 sket. Walaupun salah aku kerana melihat, tapi yang pemakainya pun kena la sama bertanggungjawab dan menanggung apa yang patut ditanggung. Wallahu'alam bissawab.
"Aku mohon padaMu Ya Allah,moga Kau pelihara mata, mulut, telinga dan segala perbuatan dan amalanku di bulan Ramadhan ini nanti ya Allah" Aku harap moga2 complete la pose aku atas bawah kiri kanan. Amin...
Monday, July 25, 2011
Payah bebenor nak sebut gamaknye...
Thursday, June 30, 2011
Why I love the Women's World Cup
Let's be honest, this isn't the men's game. It's slower, not as physical, and the same depth is just not there. However, this should not excuse us from taking notice.
All the things that make sports great - high stakes, story lines, and drama, will all be present in Germany this summer. For these reasons and oh yes, the girls are in shorts too. Sexist ke? Tak sama sekali but hey, I'm a guy, a hot blooded guy lagi, so bear with me okay. Anyway, we should all indulge in the women's game for these upcoming four weeks. Cheers to the girls!
