Friday, January 24, 2014

When the world is against you...

Assalamualaikum.

Dah lame sangat blog aku nie terbiar. Aku taktau la nak update ape sebenarnye. But here I am. Sitting in front of the computer and pondering what is wrong with my life. Crappy life, crappy job... ape lagi yang boleh nak aku kongsikan? Kalo boleh, aku nak taknak terlalu mellow sangat dalam bercerita tapi tiap kali aku rase life aku going nowhere, aku mula la rase hopeless sangat. And that's not what make me sad. Aku rase miserable sangat... because after more than 2 years (841 days to be exact) since aku mulakan life aku tanpa sape2, aku still wondering, ape yang aku nak.

Orang cakap "tue la, memilih sangat". Memilih? Of coz aku kena memilih. Memilih ape yang aku rasakan baik untuk aku and masa akan2 datang. Memilih dia yang bakal jadi isteri, yang akan jadi pasangan hidup aku sampai aku tua, sampai aku mati nanti. Orang tanya apa yang aku nak? Yang aku pentingkan adalah kepercayaan, kejujuran, harus saling memahami dan yang paling penting, tolonglah hormat aku yang bakal jadi suami dia satu hari nanti. Hormatlah dalam berbicara, hormatlah dalam segala2nya. Berikanlah aku benda yang aku jarang dapat rasa. Kasih sayang.

Sayanglah aku tanpa berbelah bagi, terimalah aku dengan segala kekurangan dan kelemahan aku. Andai aku jatuh, bangunkanlah aku. Aku tak punya hidup yang cantik, childhood yang menarik. The only person yang tahu segala2nya tentang hidup aku sedari aku kecil, kini bukan lagi sebahagian dari hidup aku. Berilah aku peluang untuk aku tutup segala2nya dan bukak lembaran baru yang lebih baik untuk aku akan2 datang. Aku tau aku berhak rase bahagia macam orang lain.

Kadang2 aku pikir. Life. Why do I have to feel so alone, why does everyone yang aku kenal tak boleh nak hargai ape yang aku buat? Am I really that bad? Yes maybe. Maybe nie la balasan pada kesilapan2 yang pernah aku buat dulu. Aku redha segala2nya. Aku redha aku tak sehappy orang lain. Aku redha walaupun aku cuma boleh kongsi kebahagiaan orang lain. Yang penting, ape yang aku rase sekarang biarlah aku saje yang tanggung. Orang lain tak perlu kongsi ape yang aku tanggung. Trust me, you don't know who I really am, ape yang aku dah go thru dalam hidup nie. Tapi itu biar la rahsia yang akan aku bawak sampai aku mati nanti.

Mungkin aku rase hopeless tapi aku takkan putus asa. Senjata yang aku ada sekarang cumalah doa. Sekurang2nya berilah aku kekuatan untuk aku go thru another minute another day another week another year... sampai tiba masa aku hembuskan nafas aku yang terakhir nanti. So yeah, I'll just have to be positive, right? If it means living a life full of lies, then so be it. You know, I am so good at pretending. Or do I actually think I am? No I'm not so sure now...

benda yang aku selalu sebut mase awal2 aku hidup berdua dulu... aku nie kadang2 suka pendam simpan dalam ati... bagi aku, ade benda yang kita boleh share dan ade benda yang kita perlu simpan untuk kita jer... something's better left unsaid... actually, dulu aku cakap 'unspoken' which is betul jugak cuma aku improvised kasi sesuai sket...

Sunday, June 2, 2013

Bila manusia bercakap tentang halal dan haram...

Assalamualaikum. Kesian blog aku nie, cam hidup segan mati tak mahu. Hati kata pergi Blogspot kata jangan ler... siyes! Aku ikut memang dah malas nak blogging balik tapi boring la, bila ada benda camni aku terpaksa la simpan sorang2. Nak kongsi bercerita kat orang pon cam tak tau nak construct cerita tue dari mane. So blog je la platform terbaik.

Iklan : Thank you Blogspot!



Ok lah, aku taknak bebel panjang sangat coz aku menaip mende alah nie pon kat cc jer, kang berejam pulak aku kat sini. Sanggup kan aku amik masa gi cc semata2 nak story pasal 'something' nie? Nie mesti something yang really2 something nih. Something yang buatkan aku rasa bengang dan kecewa yang teramat sangat. Kecewa dengan sikap segelintir manusia.


Aku takkan menamakan mereka yang berkaitan. Aku bukan jenis nak mengaibkan orang walaupun ada yang cuba mengaibkan aku dengan bercakap tentang perkara yang sama sekali tidak benar. Dan aku yakin, it won't stop here and in future, pasti akan ada cerita2 lain yang akan ditokok tambah semata2 untuk menghalalkan cerita2 fantasi mereka nie. Yeah, how do I know? I mean, how sure am I? Damn freakin' sure because most of the time, I am with these kind of people. So, justify lah kata2 aku kalo aku bercakap tentang apa yang aku nampak dan lalui sendiri. Bukan rekaan atau fantasi kosong.


Nasihat aku cuma satu pada mereka2 ini. Usahlah bercakap tentang halal dan haram kalau anda sendiri tidak tahu apa itu halal dan apa itu haram. Adakah sikap mereka yang suka memanipulasikan hak orang lain itu mereka rasakan halal? Atau mengambil sesuatu yang secara jelasnya bukan hak mereka itu yang dikatakan halal? And I'm not talking about a ringgit or two here. Hundreds, probably thousands. This is no small figure, mind you.


Untuk makluman, setiap sen setiap ringgit yang aku kirim kat mak and keluarga aku semuanya datang dari sumber yang halal. Hasil dari titik peluh aku (walaupun tak la peluh mane pon, duk dalam opis je kot hahaha) dari saat aku masuk keje pagi sampai la ke petang atau malam. Nothing more nothing less. Aku takkan bagi makan anak bini, keluarga aku dengan sumber yang tak bersih. Pikir lah, itu semua akan datang balik pada kita satu hari nanti. Qada' dan qadar datangnya dari Allah dan segala yang ada dalam alam semesta nie hakikatnya adalah milik Allah. Pikir lah...


So, ANY ATTEMPT TO DISCREDIT MY CREDIBILITY dengan kata2 yang tidak patut walaupun mungkin bukan dengan nada yang serius (wallahualam la) amatlah aku kesali. Aku terkilan sikit je tapi takpelah, inilah namanya kehidupan. Maybe, that's just the way it is. Walaupun aku sedikit terkilan tapi aku tak susah hati. Sebabnya... lebih kurang camni la, out of 10 people, 9 orang mengenali aku nie macam mane. We all are like family. Close. Cubit paha kanan, kiri terasa. Tampar pipi kanan, bukan kata pipi kiri je terasa, ngan aku2 sekali terasa... terasa nak lempang orang tue balik muehehee. Kalo kiri tahu, kanan pon akan tahu jugak. See? Didn't I tell you we're like family? Masalah itu puncanya dari mereka nie jer.


Trust me, I've been thru worse. Ini benda kecik je. Anggap je la ini asam garam dalam hidup. Cam yang aku cakap sebelum nie... bersabar, redha dan tawakal pada Allah Yang Maha Adil. Aku buat apa yang patut aku buat dan selebihnya aku berserah pada Dia. Heh, ayat nak good2. Kan? Alaa, saje je nak motivate diri sendiri hahaha...


Puiii la aku nie... suka bebel panjang2! Adios! Assalamualaikum :)

Sunday, October 7, 2012

A year has passed...

Assalamualaikum. Lame rasenye since the last time aku menulis. 6 bulan. Macam2 jadi 6 bulan nie tapi aku cam dah give-up nak blogging, aku tend to take things personal. Maklumlah, nak tulis blog time sorang2, so bila tengah sorang2 nih macam2 la pikir dalam pale otak nih. Tue yang maleh tue.

Macam biase la, nak mula kata bicara pembuka kata nie yang payah, cam blurrr jer. Apa ek aku nak tulis, hurmm. Bukan ape, rinduu nak idopkan balik blog aku nih. Eh, sementara tue aku mintak excuse jap coz aku nak berkomeh sket, abeh habuk sawang sume haa ateh bawah. Nak harap makcik aku sorang tue nak tolong kemas? Hurmm, memang takde ler. Dia duk kemas umah dia je ler. Maklum la, retis ngetop merangkap baru jer lepas ber'title'kan student (punye la berabad dia jadi student kakaka) so konon2 sibuk lettew, hehe. Jangan mare keh makcik, gurau je :) 

Kenape aku pilih hari nie? Ape signifikannye hari nie? Nak cite background lagu dah sedih tapi... takpe la, kadang2 kita perlu rasa mellow, rasa sedih supaya kita boleh renung perkara2 lepas supaya dapat dijadikan iktibar dan pengalaman untuk mendewasakan kita esok hari esp mendewasakan aku la yang tak cukup dewasa lagi nih. 


Hari nie genap la setahun insan yang aku sayang pergi. And during these 365 days, nothing much has changed. Aku tetap aku yang dulu, cuma tidak berdua. Hala tuju perjalanan kami dah berubah. Dia dengan kehidupan baru dia dan aku dengan kehidupan yang aku cuba perbaharukan. To make things short, aku decided to go somewhere. Berhijrah. Aku seriously on a mission to do some soul searching. Mane tau jumpa jodoh aku kat sini ke. Takpe la, itu lain kali aku cerita.


Aku mulanya segan nak berkongsi benda yang aku nak story nie, agak kurang selesa tapi aku tau, la nie sape yang baca blog aku pun. Percayalah, orang yang singgah blog aku cumalah... jeng3, akuuu... hehe. Mulanya aku nak privatekan je blog aku nie tapi bukan prinsip aku nak terhadkan itu ini. Takde benda yang aku nak sorok pun. Dan macam yang aku cakap sebelum nie, aku kurang sket nak berkongsi perkara yang peribadi bila bercakap dengan orang, face-to-face atau sembang dalam fon ke. Citer sikit2 leh la, nak merapu panjang camni haruslah ada blog, kan? Sukeati la nak tulis ape pun, nak bace ke ape ke lantak orang la.


By the way, aku simpan lagi sms waktu dia menyatakan akan sesuatu yang... sampai bila2 aku takkan boleh lupa. Aku rasa setahun nie dah cukup untuk aku ubat sikit2 apa yang aku rasa. Rasa sayang yang masih lagi menebal. Rasa sayang yang cuba aku buang sedikit demi sedikit. Insya Allah kan tiba waktu untuk aku sepenuhnya moved-on. So, izinkan aku untuk berkongsi sesuatu yang perlu aku keluarkan dari dalam diri aku nie. This is what happened a year ago...

07-10-11 4.33pm 
 
"Bu, mei ada pkara nk bgtahu bu tp mei xkuat nk ckp bnda ni dgn bu........ Kalu mmg jodoh kt satu hari nnti psti kt akn bsatu, n sy psti akn cr awk. Kalu awk syg sy, jgn smpn dndam pd sy. Maafkn sy, halalkn ksh syg yg awk bg pd sy slama ni. Tlg mnta maaf dr mak awk utk sy... MZB" 


Maaf zahir batin. Maklumlah time tue masih lagi bulan Syawal. Terkilan tak dapat nak beraya untuk kali yang terakhir. Apa yang jadi adalah ketentuan Allah. Dia dah tentukan apa yang terbaik untuk dia sekarang dan aku patut bersyukur kerna bagi aku, tidak ada yang lebih bahagia dari melihat orang yang kita sayang juga bahagia. Walaupun kita bukanlah sebahagian dari jalan cerita tersebut.


Dia tak perlu mintak maaf. Malah mak pun menyalahkan aku dalam hal nie. Tidak aku menyalahkan dia atas apa yang jadi malah yang patut dipersalahkan adalah aku. Aku terlalu alpa dengan kehidupan yang dulu, tak pernah aku fikirkan tentang kahwin. 7 tahun lamanya aku leka, lalai, fikir nak seronok jer. Aku harap apa yang aku lalui nie adalah yang terakhir. Dia terlalu baik, terlalu setia. Sayangnya aku pada dia sepertimana aku sayangkan diri aku sendiri malah lebih. Aku simpan kata2 terakhir dia : 


"Kalau ada jodoh kita satu hari nanti pasti kita akan bersatu dan saya pasti akan cari awak"...  

Dia akan cari aku balik. Jauh di sudut hati mungkin itu yang aku harapkan. Dendam? Demi Allah tidak. Yang aku harap sebaliknya, janganlah dia menyimpan rasa dendam pada aku. Suatu hari andai ada jodoh, akan aku pastikan supaya kami punya penyudah yang aku dan dia harapkan satu ketika dulu. Insya Allah. Walaupun waktu tue umur dia 50 pun aku tetap akan tunggu dan terima. Ini sms yang pernah aku hantar pada dia satu ketika dulu. Aku saved, send semua sms2 aku dengan dia kat e-mail sebagai kenangan, so jangan la pelik...

18-10-09 5.06pm

"Sy pnh ckp pd awk yg sy pnh bdoa supy dttup pntu ht sy tuk org lain."


Ya. Aku pernah menadah tangan dan berdoa satu ketika dulu supaya ditutupkan pintu hati aku untuk aku terima orang lain. Begitu besar sayangnya aku pada dia. Kadang2 aku fikir, kenapa dalam setahun nie, susah sangat aku nak kenal orang lain? Payah nak aku bukak pintu hati aku untuk orang lain? Bagi aku seminggu jer kenal dengan orang dan jawapan aku cuma satu...
"takde chemistry". Mungkin jugak doa aku tue dah pun Allah makbulkan. Tapi aku janji, aku takkan putus asa, insya Allah akan ada jodoh aku nanti, cuma masanya Dia yang akan tentukan. Aku usaha, berdoa dan berserah menanti masa.

Losing the one you really love can be devastating and I am so devastated to say the least. Itu sebab aku cuba keluar dari aku punye comfort zone (with mak blessing la of coz) dan cuba mencari sesuatu yang hilang. At press time, aku masih lagi mencari... cewah, press time la sangat. Kadang tue aku rase aku tak kenal dengan diri aku sendiri. Inikah yang aku refleksikan diri aku 10 tahun yang lalu dengan aku yang sekarang? Jawapannya? A definite no. Tapi kita manusia takkan boleh nak predict future, kan? So, every single day adalah hari untuk aku belajar. 

Haihh... panjang beno aku kalo dah merapu. Takpe panjang2, member aku cakap wordy sangat blog aku, tak larat nak baca. Eh, elok la, aku niat nak bercerita tapi aku cam segan sket kalo orang baca. Ish, pelik betul aku nih. Tapi kalau ada yang baca, tenkiu... tapi dah masuk kanan tue keluarkan kat kiri balik keh. Maklumlah, aku la nie dah hilang tempat bercerita. Segala macam masalah aku simpan sendiri, pendam sendiri, ceritakan kat diri sendiri jer. Assalamualaikum :)

Monday, April 30, 2012

Perasaan aku jer kot...

Assalamualaikum... wah, first time der aku bagi salam kat blog sendiri, hehe. Ada ke orang baca, kalo baca kene jawab balik okeh, hehe. Aku just assume yang ada tersesat sampai ke sini, maklom la sape la aku nih. Mesti ada yang notice yang... (ceh, ade ke yang notice huhu) okeh sambung balik... notice yang aku nie ske bebenor la update blog ujong2 bulan. Ahaks. Malaz ar maw taip, malaz nak pikior pe nak story. A good listener but not necessarily a good story-teller, itulah aku.

Semalam aku duk sembang ngan someone pasal kena tindih2 time tido nie. Bagi yang skeptikal and simply dismiss fenomena kena tindih nie ada berkait ngan cramp masa tido ke ape ke, terpulang. It is something yang unexplainable. Aku sendiri pon tak berapa sure sebenarnya. Ada yang cakap nie sleep paralysis. Wallahualam. Yang penah and biasa merasa cam aku, still lagi rasa cam seram2 sejuk kalo kena tuh. Aku biasa kena kalo aku balik Subang, umah satu lagi yang so far takde penghuni lagi. Bukan umah la, apartment. Kalo pat lain takde lak aku kena, tido kat umah member ke, tido umah family aku ke.

Lepas aku decided untuk berhijrah and keje kat Klang and duk ngan family aku kat Banting, umah tue so far lom ada orang lagi yang duduk. Dulu pon aku duk sorang jer pas bakal abang ipar aku pindah keje kat Sepang. Duk sorang best tapi bosan. Best ar coz leh bogel2 layan DVD, gi dapor bogel2, berasap kat balkoni pon leh bogel2, muahahaa. Agak2 ar bogel ye tak, memain jer. Al maklom je lar, body aku nie precious sangat, orang cakap (orang yang cakap, bukan aku) aku nye body ala2 Hrithik Roshan masa dia bukak baju dalam Kaho Naa Pyaar Hai gitew. Hehe, poyo jer, pie muntah pat lain!!

Dah setahun lebih dah pon umah tue kosong. Tapi nie dalam proses nak reno sket umah tue and nak sewakan kat orang. Korang nak sewa tak? Fully furnish gak la. Nie pic apartmen tue... 


Nampak sofa tue? Kat atas sofa tue la port bese aku kena tindih. Aku akan balik at least 2,3 minggu sekali coz nak amik surat2 sume and biasa aku akan overnight and tido situ semalam. Mungkin pasal umah tue kosong pon leh jadi punca. And mungkin gak sebab aku nie memang ske tidor dalam gelap. Orang pesan kalo sebelum nak tidor tue kaki tue lunjoq arah kiblat and amalkan baca ayat 3 qul dalam 3 kali. Insya Allah tak kena kaco ke apa ke. Wallahualam.

Tapi kan, kan, kan. Kan best kalo kena tindih bukak2 mata jer, Izara Aishah ke, Julianna Evans ke, Wawa Fre... eh silap, Wawa Zainal ke (aip, jangan marah oke tuan punya diri, cam dia baca jer blog ngarot aku nih kehkeh). Memang heaven ar, berair mata kegembiraan aku dibuatnya. Jangan bukak mata Azizah Mahzan tindih aku sudah. Pehhh mimpi ngeri siot! Sia2 je kena saman ngan artis2 bajet top tue kang. Takpe saman la, leh gak ar aku dapat free publisiti nanti.

Saturday, March 31, 2012

Be strong. I know you are...

Aku tak pasti nak start camne. Aku still in the process of... let everything go when suddenly, someone told me that her dad passed away. It's exactly a month lepas dia kahwin. Aku froze, kelu, tak tau nak cakap apa. Just trying to hold back tears although I know, I could not hold much longer. And there I go, aku tears... finally. Aku dapat tau tue pun almost pukul 12 malam and the whole night aku cuba pejam mata tapi susah. Aku teringatkan dia. We've been together for nearly 8 years. Aku tau betapa besar sayangnya dia pada arwah.

"Nurul, saya ingat lagi apa yang pernah awak cakapkan dulu. Dalam dunia nie, cuma ada 2 lelaki yang paling penting, yang paling awak sayang dalam hidup awak. Ayah dan saya. Awak ingat lagi kan? How time flies by. But knowing that you're in a good hand, saya rest easy."

Semalam masa kat masjid, aku tak fokus pun masa khatib tue tengah baca khutbah Jumaat. Kepala aku melayang teringatkan dia yang mesti tengah cuba nak overcome atas pemergian arwah. Sekali lagi, aku bergenang airmata. Mujur la kiri kanan aku Bangla. Kalo takde mau gak kalo ada pakcik kat sebelah tue, konfem dia tegur... "Aih... takkan dengar topik pasal Merakyatkan Ekonomi Selangor pon leh sedih?". Dan dan jer aku padahal aku tak dengar pape pon.

"Be strong Nurul. Saya tahu awak kuat. Kita berdua faham apa rasanya kehilangan. Saya faham betapa pedihnya kehilangan. Saya pernah ceritakan kisah hidup saya dari A sampai ke Z. Pemergian Ayah waktu saya masih sekolah lagi. Awak tahu betapa rapatnya saya dengan Ayah tak serapat saya dengan ahli keluarga lain. Ayah was more like a friend, bukan seorang bapa. Ke sana ke mari dengan motor RG Sport dia. Saya tempat dia bercerita masalah tempat kerja dia. Sayalah tukang urut dia tiap malam (walaupun kadang tue agak pemalas sikit). Sayalah vendor tukang beli magazine kereta dia tiap2 bulan. In fact Nurul, kerana sayangnya saya pada dia dan kegilaan dia pada kereta, saya sanggup koyakkan magazine2 yang ada cerita pasal kereta masa saya jadi librarian kat sekolah dulu. Paling femes jadi mangsa majalah Popular Mechanics.

Inilah first time saya cerita pasal tabiat buruk kat sekolah dulu. Itulah Ayah. Besar sayang saya pada dia. And out of the blue... Allah ambil dia balik and I was so devastated at that time and sampai sekarang Nurul, saya masih boleh rasa apa yang saya rasa 14 tahun yang lepas. While typing this, awak boleh agak apa yang saya cuba lakukan. Yes. Menahan sebak. Cuma bila mengenangkan pemergian dia dalam bulan Ramadhan seminggu sebelum datangnya Syawal, saya mampu untuk senyum walaupun cumalah dalam hati. Dan sekarang, saya kehilangan seorang lagi insan yang paling saya sayang. Awak Nurul. Saya pernah katakan dulu waktu kita masih lagi dalam proses berkawan yang awak saya letakkan di satu tempat yang istimewa dalam hati saya and still, tempat tue masih lagi belum terisi. Insya Allah satu hari nanti, Nurul."

Kesian kan aku, cerita sorang2 jer. Mujurlah aku ada blog. Probability untuk orang nak baca kisah aku adalah zero tapi aku rasa satu kepuasan bila dapat bercerita camni. And I know, someday she's going to read this. The fact that we're not in speaking terms so... this is the only way to let her know that she's still in my thoughts.

"Walaupun kita takde ikatan apa2 Nurul, insya Allah saya akan hadiahkan al-Fatihah dan doa pada arwah selagi mana yang saya mampu. Semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh Nya dan digolongkan dikalangan orang2 yang beriman. Al-Fatihah."

Saturday, February 25, 2012

Or, maybe they were right

Aku cuma update atas sebab aku taknak blog aku nie mati camtue jer even though aku takde pape yang menarik nak aku kongsi pun. Tapi, dah lebih 5 minit tangan aku kat keyboard and still, aku tak tau nak tulis apa. Dalam hati nie aku cuma nak bagitau yang aku dah tak larat nak menulis, tak larat nak update. I'm just too tired to even think about anything. Tak dapat nak fikir sangat benda lain. For the past few months, banyak benda dah consumed apa yang ada dalam diri aku. Aku takut, the more aku bercakap, the more benda2 lain yang akan keluar dari mulut aku.

But then, apa platform lagi la yang aku ada untuk aku lepaskan apa yang aku rasa. Aku cuba elak dari cakap benda2 yang terlalu peribadi. Even kalau ada yang bertanya pun, aku prefer untuk tidak bercakap. "It just happened", itu je yang aku jawap. Entah la, aku penat. Aku akan simpan sendiri semua yang aku rasa nie. Aku cuma harap, satu hari aku akan ada someone untuk berkongsi apa yang aku rasa. Bukan bercakap dengan keyboard, bercakap depan monitor.

Just that, ada waktu tue aku agak ralat sikit bila orang tak kenal sebagaimana aku kenal diri aku sendiri. Betul, apa yang jadi memang buatkan hidup aku totally berubah. Even attitude, communication aku, even komitmen aku pada kerja buat aku berubah. Aku cuma perlu masa jer. Aku dah cakap berkali2, side by side aku tak pernah tunjuk yang aku tengah low ke apa. And people knew about this.

Cuma bila aku menulis, aku blogged, aku tend to show another side of me yang aku sendiri tak pasti. One day aku akan cakap "It's all in the past." But seriously, aku memang okay. Bila bersembang, aku still aku yang dulu, takde apa yang berubah pun, so aku tak faham kenapa orang ingat aku nie still tak okay. Or maybe they were right. Aku memang tak okay.

Saturday, January 21, 2012

The final closure

Aku percaya,
Kita merasa sesuatu yang sama,
Satu rasa yang tak pernah kita bicara,
Tak pernah kita ucapkan,
Tak terlintas pun difikiran,
Apa rasanya kebebasan.

Deep down itulah yang kita mahukan,
Mungkin itu yang kau perlukan,
Terlalu lama mungkin kau pendamkan,
Tamaknya diri menyekat kebebasan,
Sedangkan manusia punya had kesabaran,
Sampai saat kau minta dibebaskan.

Demi Allah akan redha selalu,
Aku harus gembira untuk aku,
Aku harus gembira untuk kamu,
Aku terima segala yang berlaku,
Walaupun aku saja yang tahu,
Sakit pedih kau berlalu begitu.

Tapi ingin aku nyatakan sesuatu,
Tak pernah lekang tiap saat tiap waktu,
Kebahagiaan kau dan keluargamu,
Masih lagi sebahagian dari doaku,
Tiada yang berubah... masih macam dulu.

Insya Allah kan tiba waktunya nanti,
Aku akan bertemu pengganti,
Saat itu kau harus aku relakan pergi,
Akan pastikan 'kita' bertemu mati,
Kesianlah si dia nanti,
Mahu saja makan hati.

Doa terakhir aku utuskan,
Berbahagia dengan pilihan yang kau putuskan,
Kehidupan barumu akan aku doakan,
Moga terhindar dari segala kesilapan,
Kesilapan yang pernah kita lakukan,
Jangan sampai tiada kesudahan,
Cuma terakhir yang aku harapkan,
Simpan secebis 'kita' sebagai kenangan.

Tahniah. Itu saja yang mampu aku kata,
Waima gagal pertahan 7 tahun kita,
Setidaknya aku cukup berbangga,
Engkau wanita terindah pernah aku takhta,
Walaupun yang indah itu cuma seketika.

Inilah terakhir yang nak aku katakan... "Semoga berbahagia."