Yakin dan taqwalah pada Allah,
Kerna pada Dia kita berserah,
Percaya pada diri itu memadailah,
Tiada apa yang perlu nak kita ubah,
Untuk mereka yang tak pernah ambil kisah.
Biarlah dicaci diludah,
Biarlah dihina macam sampah,
Biarlah disumpah seranah,
Biar mereka sikit pun tak endah,
Lantak koranglah,
Ada aku kesah?
Bukanlah terlalu pasrah,
Cuma minta hargai susah payah,
Boleh saja terima andai tiada penyudah.
Jangan kerna apa yang jadi kita rebah,
Jangan kerna mereka ini kita berubah,
Jadilah kita yang sebenarnya,
Kita yang percaya pada kita,
Kita yang hidup kerana kita,
Kita yang hidup kerana keluarga,
Kita yang hidup kerana Dia,
Bukannya untuk sesiapa.
Harus buktikan yang kita okay,
Jangan cam Lin Dan bila jumpa Chong Wei,
Mangkuk hayun nie memang siyes la suwey.
Aiyak, final jumpa Chong Wei ar? Soli soli...no way,
Wa nye tali leket sulah putuih oo kena air,
Lagi wa sakit tekak simalam ale itu kalaoke,
Lumah sampai pelut maiyak sakit tadi makan satay.
Ek eleh mat! Lu punya alasan takley blah ar wei!
Papepun rileks, jangan duk pikir pikir,
Kena steady macam tiang lampu highway,
Jangan diuji sikit kita nak sway,
Tukar selera jadi homo, lesbian atau gay.
Astaghfirullah... rela mati dari dilaknati.
No comments:
Post a Comment