Friday, January 13, 2012

Something just won't go away

Selagi mampu untuk menipu,
Akan terus-terusan begitu,
Cuma ingat akan sesuatu,
Jatuh bangun kita dahulu.

Jangan dicari puncanya,
Sedangkan tahu apakah dia,
Bangun berdiri apapun cara,
Jangan harapkan sesiapa.

Sukar terima akan realiti,
Mampu melihat berlalu pergi,
Walaupun akur kesilapan diri,
Takkan boleh nak diperbaiki.

Akan cuba tapi tak janji,
Takkan ini diperkatakan lagi,
Berilah kekuatan untuk lalui,
Moga yang tutup kan buka kembali.

Walaupun berat tapi itu yang kau mahu,
Cuma sesuatu yang aku nak kau tahu,
Tentang keputusan yang kau buat dulu.

Terkejut, tapi terima dan aku hormati,
Tapi menghormati bukan tanda aku terima,
Menerima bukan tanda aku relakan,
Merelakan bukan tanda aku tak peduli,
Tak peduli bukan tanda aku tak kasih.

Aku kasih,
Terlalu besar kasih,
Tapi memikirkan cuma buat aku letih,
Dia saja yang tahu betapa aku bersedih,
Dia saja yang tahu betapa sakit dan pedih,
Kini, yang aku rasa cumalah tersisih,
Mengharapkan redha Allah Yang Maha Pengasih,
Kerna inilah jalan yang kita pilih.

No comments: