Assalamualaikum. Lame rasenye since the last time aku menulis. 6 bulan. Macam2 jadi 6 bulan nie tapi aku cam dah give-up nak blogging, aku tend to take things personal. Maklumlah, nak tulis blog time sorang2, so bila tengah sorang2 nih macam2 la pikir dalam pale otak nih. Tue yang maleh tue.
Macam biase la, nak mula kata bicara pembuka kata nie yang payah, cam blurrr jer. Apa ek aku nak tulis, hurmm. Bukan ape, rinduu nak idopkan balik blog aku nih. Eh, sementara tue aku mintak excuse jap coz aku nak berkomeh sket, abeh habuk sawang sume haa ateh bawah. Nak harap makcik aku sorang tue nak tolong kemas? Hurmm, memang takde ler. Dia duk kemas umah dia je ler. Maklum la, retis ngetop merangkap baru jer lepas ber'title'kan student (punye la berabad dia jadi student kakaka) so konon2 sibuk lettew, hehe. Jangan mare keh makcik, gurau je :)
Kenape aku pilih hari nie? Ape signifikannye hari nie? Nak cite background lagu dah sedih tapi... takpe la, kadang2 kita perlu rasa mellow, rasa sedih supaya kita boleh renung perkara2 lepas supaya dapat dijadikan iktibar dan pengalaman untuk mendewasakan kita esok hari esp mendewasakan aku la yang tak cukup dewasa lagi nih.
Hari nie genap la setahun insan yang aku sayang pergi.
And during these 365 days, nothing much has changed. Aku tetap aku yang
dulu, cuma tidak berdua. Hala tuju perjalanan kami dah berubah. Dia
dengan kehidupan baru dia dan aku dengan kehidupan yang aku cuba
perbaharukan. To make things short, aku decided to go somewhere. Berhijrah. Aku seriously on a mission
to do some soul searching. Mane tau jumpa jodoh aku kat sini ke. Takpe la,
itu lain kali aku cerita.
Aku mulanya segan nak berkongsi benda yang aku nak story nie, agak kurang selesa tapi aku tau, la nie sape yang baca blog aku pun. Percayalah, orang yang singgah blog aku cumalah... jeng3, akuuu... hehe. Mulanya aku nak privatekan je blog aku nie tapi bukan prinsip aku nak terhadkan itu ini. Takde benda yang aku nak sorok pun. Dan macam yang aku cakap sebelum nie, aku kurang sket nak berkongsi perkara yang peribadi bila bercakap dengan orang, face-to-face atau sembang dalam fon ke. Citer sikit2 leh la, nak merapu panjang camni haruslah ada blog, kan? Sukeati la nak tulis ape pun, nak bace ke ape ke lantak orang la.
By the way, aku simpan lagi sms waktu dia menyatakan akan sesuatu yang... sampai bila2 aku takkan boleh lupa. Aku rasa setahun nie dah cukup untuk aku ubat sikit2 apa yang aku rasa. Rasa sayang yang masih lagi menebal. Rasa sayang yang cuba aku buang sedikit demi sedikit. Insya Allah kan tiba waktu untuk aku sepenuhnya
moved-on. So, izinkan aku untuk berkongsi sesuatu yang perlu aku keluarkan dari dalam diri aku nie. This is what happened a year ago...
07-10-11 4.33pm
"Bu,
mei ada pkara nk bgtahu bu tp mei xkuat nk ckp bnda ni dgn bu........ Kalu mmg jodoh kt satu hari nnti
psti kt akn bsatu, n sy psti akn cr awk. Kalu awk syg sy, jgn smpn dndam
pd sy. Maafkn sy, halalkn ksh syg yg awk bg pd sy slama ni. Tlg mnta
maaf dr mak awk utk sy... MZB"
Maaf zahir batin. Maklumlah time tue masih lagi bulan Syawal. Terkilan tak dapat nak beraya untuk kali yang terakhir. Apa yang jadi adalah ketentuan Allah. Dia dah tentukan apa yang terbaik untuk dia sekarang dan aku patut bersyukur kerna bagi aku, tidak ada yang lebih bahagia dari melihat orang yang kita sayang juga bahagia. Walaupun kita bukanlah sebahagian dari jalan cerita tersebut.
Dia tak perlu mintak maaf. Malah mak pun menyalahkan aku dalam hal nie. Tidak aku menyalahkan dia atas apa yang jadi malah yang patut dipersalahkan adalah aku. Aku terlalu alpa dengan kehidupan yang dulu, tak pernah aku fikirkan tentang kahwin. 7 tahun lamanya aku leka, lalai, fikir nak seronok jer. Aku harap apa yang aku lalui nie adalah yang terakhir. Dia terlalu baik, terlalu setia. Sayangnya aku pada dia sepertimana aku sayangkan diri aku sendiri malah lebih. Aku simpan kata2 terakhir dia :
"Kalau ada jodoh kita satu hari nanti pasti kita akan bersatu dan saya pasti akan cari awak"...
Dia akan cari aku balik. Jauh di sudut hati mungkin itu yang aku harapkan. Dendam? Demi Allah tidak. Yang aku harap sebaliknya, janganlah dia menyimpan rasa dendam pada aku. Suatu hari andai ada jodoh, akan aku pastikan supaya kami punya penyudah yang aku dan dia harapkan satu ketika dulu. Insya Allah. Walaupun waktu tue umur dia 50 pun aku tetap akan tunggu dan terima. Ini sms yang pernah aku hantar pada dia satu ketika dulu. Aku saved, send semua sms2 aku dengan dia kat e-mail sebagai kenangan, so jangan la pelik...
18-10-09 5.06pm
"Sy pnh ckp pd awk yg sy pnh bdoa supy dttup pntu ht sy tuk org lain."
Ya. Aku pernah menadah tangan dan berdoa satu ketika dulu supaya ditutupkan pintu hati aku untuk aku terima orang lain. Begitu besar sayangnya aku pada dia. Kadang2 aku fikir, kenapa dalam setahun nie, susah sangat aku nak kenal orang lain? Payah nak aku bukak pintu hati aku untuk orang lain? Bagi aku seminggu jer kenal dengan orang dan jawapan aku cuma satu... "takde chemistry". Mungkin jugak doa aku tue dah pun Allah makbulkan. Tapi aku janji, aku takkan putus asa, insya Allah akan ada jodoh aku nanti, cuma masanya Dia yang akan tentukan. Aku usaha, berdoa dan berserah menanti masa.
Losing
the one you really love can be devastating and I am so devastated to
say the least. Itu sebab aku cuba keluar dari aku punye comfort zone
(with mak blessing la of coz) dan cuba mencari sesuatu yang hilang. At
press time, aku masih lagi mencari... cewah, press time la sangat.
Kadang tue aku rase aku tak kenal dengan diri aku sendiri. Inikah yang
aku refleksikan diri aku 10 tahun yang lalu dengan aku yang sekarang? Jawapannya? A definite no. Tapi kita manusia
takkan boleh nak predict future, kan? So, every single day adalah hari
untuk aku belajar.
Haihh... panjang beno aku kalo dah merapu. Takpe panjang2, member aku cakap wordy sangat blog aku, tak larat nak baca. Eh, elok la, aku niat nak bercerita tapi aku cam segan sket kalo orang baca. Ish, pelik betul aku nih. Tapi kalau ada yang baca, tenkiu... tapi dah masuk kanan tue keluarkan kat kiri balik keh. Maklumlah, aku la nie dah hilang tempat bercerita. Segala macam masalah aku simpan sendiri, pendam sendiri, ceritakan kat diri sendiri jer. Assalamualaikum :)
4 comments:
Ada 2 perkara Allah dah tetapkan untuk kita sejak azali lagi.. 1)mati 2)jodoh
Barang yang lepas kenanglah selalu selagi ia menguatkan semangat awak utk terus hidup..
Lady In Red
terima kasih sahabat :')
Jodoh itu rahsia Allah. Berdoalah agar awk di dekatkn dgn jodoh awk, bukan brdoa agr si dia mnjd milik awk.
Jgn kerana cinta dn syg yg mendalam pd si dia, awk menidakkan takdir Allah.
Allah syg awk, sbb tu awk diuji. Semakin diuji, semakin brtmbah iman, smakin dkt awk dgn Allah.
Yakin lah, Allah dah aturkan yg trbaik buat awk.
demi Allah,sy tak pernah menyalahkan takdir krn itu mmg dah tertulis unt sy dan sy redha...insya Allah doakn saje yg terbaik unt sy,terima kasih...
Post a Comment