Rasa cam terlambat lak aku nak buat entry pasal nie tapi memandangkan last year aku dah buat, so aku buat jugak la. Leh la nak walk down memory lane ke besok2. Kebanyakkan movie aku sempat tengok berdua dulu except Ombak Rindu, Cowboys, Apes, dan Twilight. Transformers 3 akan jadi kenangan sebagai filem terakhir yang kami sempat tengok berdua. Tarikh? 6hb Julai 2011.
La nie nak buat camne lagi, layan la sorang2. Tapi aku okay je sebenarnya, janggal sket tue biasa la memandangkan banyak yang tengok wayang nie bawak pasangan, bawak awek, bawak bini. Walaupun ada yang ajak ngedate2 gi tengok wayang, karaoke, lepas aku solo nie, tapi aku rasa aku lebih selesa bersendiri untuk sementara nie. Tunggu la sampai dah reda sket apa yang aku rasa nie. Takyah orang offer, aku sendiri yang jemput.
Cam aku tak suka movie yang heavy2, lagi banyak meletop lagi best, hehe. So gi jahanam la sape yang nak kutuk2 Transformers ke, Michael Bay ke. Transformers tetap terbaek. Takdenya aku nak gi tengok wayang nak duk pikir2 kejadahnye, tengok wayang nak rileks, nak enjoy. So, nie la dia;
Top 20 Movies of 2011
01. Ombak Rindu
02. Transformers 3: Dark of the Moon
03. Harry Potter and the Deathly Hallows: Part II
04. Thor
05. Fast Five
06. The Green Hornet
07. Captain America: The First Avenger
08. Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides
09. The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1
10. The King's Speech
11. Battle: Los Angeles
12. X-Men: First Class
13. Cowboys & Aliens
14. Rise of the Planet of the Apes
15. Green Lantern
16. 127 Hours
17. I Am Number Four
18. Sucker Punch
19. Limitless
20. The Adjustment Bureau
Paling best yang tak rugi layan Transformers la, 3 kali aku tengok. Harry Potter, Thor dengan Green Hornet pun okay. Tapi paling best layan Ombak Rindu la. Aku gi 07hb Disember aritue, genap la 2 bulan lepas kitorang putus. Kena lak cite nie banyak benda yang aku leh relate, so agak feel jugak la ditambah dengan kiri kanan aku couple yang macam laki bini dah 10 tahun tak jumpa.
3 comments:
pergh! ombak rinduuuuu....jiwang ek ...btw r u single now my bro? why? gosip ni..inbox
hehe most of them in ur list sama like in my list..cuma Ombak Rindu dan Twilight, anti~
cik wana: abang mu mmg seorang yg jiwang..fact! :)
beb: ala,bukan salu,hehe..melayan perasaan kekadang :)
Post a Comment